Wednesday, April 15, 2009

Abu Zuhri: HAMAS tetap komited dengan dialog nasional bagi henti perpecahan, Fatah hendaklah serius.

April 15th, 2009

Rabu, 15/04/2009 - HAMAS menegaskan bahawa rancangan untuk memulakan semula dialog nasional Palestin di Kaherah pada 26 April ini masih lagi berjalan, sambil mengharapkan agar Fatah menyertai dialog tersebut dalam keadaan tangkapan terhadap kader dan penyokong HAMAS di Tebing Barat telah dihentikan, di samping ia tidak lagi menuntut komitmen terhadap syarat ditetapkan pihak antarabangsa sebagai pendahuluan untuk meneruskan persepakatan.

Jurucakap HAMAS, Sami Abu Zuhri mendedahkan cadangan Mesir yang telah dikemukakan semasa perbincangan ketika dialog terakhir di Kaherah yang mengandungi pembentukan jawatankuasa bersama di antara semua fraksi pejuang Palestin termasuk HAMAS dan Fatah, yang bertanggungjawab melaksanakan semua perkara yang telah disepakati, termasuk membuat persediaan untuk mengadakan pilihanraya akan datang oleh kerajaan Mahmoud Abbas yang telah berakhir tempoh pemerintahannya.

Abu Zuhri menegaskan dalam kenyataannya kepada agensi Quds Press yang disiarkan pada hari Selasa (14/4) bahawa HAMAS telah mengkaji cadangan tersebut melalui institusi-institusinya dan akan menyampaikan jawapannya kepada pihak Mesir pada akhir bulan ini.

sumber : http://www.imemc.org
penterjemah : Nurul