Tuesday, March 31, 2009

'Sabar Bila Susah, Syukur Bila Senang'


Andai engkau memohon,


Tetapi lambat ditunaikan,


Usahlah kecewa.


Kabul dari-Nya adalah pasti;


Cuma dengan cara yang Dia pilih,


Bukan dengan cara yang engkau pilih.


Dan pada masa yang Dia kehendaki


Bukan pada masa yang engkau kehendaki.


-Ibnu Ata’illah Iskandari-



Salam. bertemu lagi.alhamdulillah.


Kadang-kadang sikap terburu-terburu dalam menggapai sesuatu yang tiada kita sedari bahawa apa yang kita mahu gapai itu belum tiba masanya untuk kita capai dan milikinya lagi, membuatkan akhirnya dilanda sedih, kerana gagal mendapatkan apa yang dihajati. Buat yang pernah alami (dalam sebaris ayat yang sebelum ayat ni), kemungkinan akan terkena. Aku juga antara yang terkena itu.


Allah selalunya memberikan apa yang aku mahu bila dia merasakan bahawa aku layak terima apa yang aku mahu dariNya tu. Sebab Dia kasihkan akulah, maka Dia beri aku apa yang aku mahu pada masa yang hanya Dia yang Maha Mengetahui akan ketikanya. Biar dapat apa yang aku mahu itu; lambat daripada aku dapat cepat, tapi dapat dalam keadaan Dia tidak suka untuk beri pada aku. Biar dapat lambat, asalkan Dia bagi dalam keadaan Dia suka.


Aku banyak buat silap.


Apapun, jalan kembali padaNya masih terbentang untukku.


Setiap yang Allah atur itu, ada kebaikan yang Dia nak beri pada aku.


Taklifan yang Dia beri, bukan untuk melebarkan bahu dan mendabik dada, tapi sebagai didikan untuk kita. Kita tak mungkin nampak kelebihan sesuatu taklifan itu masa sekarang, akan tapi, in sya ALLAH masa depan, kita nampak lah.


Banyak benda dan kerja yang belom2 selesai. Doakan agar aku dan sahabat2 dimudahkan ALLAH. Ukhwah yang erat memudahkan segalanya untuk diharungi.


'Sabar Bila SUSAH, Syukur Bila Senang'

Title post aku kali ni adalah kalimah kesukaan aku, diambil daripada
buku 40 Hadis Akhlak Mulia
karangan Ahmad Fahmi Zamzam
Khazanah Banjariah,
MTI, Derang, Pokok Sena, Kedah Darul Aman.


Teringat pada satu kata-kata oleh Lec yg sangat dihormati, Ustaz Mohamad;
'Tak rugi jika kita sabar'


wALLAHUA'ALAM

00: 47 on 5 Rabi'ul Akhir 1430 Hijrah
Kolej Fatimah Zahra', IPGM-Kampus Pendidikan Islam Bangi yang indah dan permai.. =)