Monday, February 23, 2009

Tajuk Kuliah : Islam Liberal on 22 Febuari 2009



Alhamdulillah..sebesar-besar pujian hanya layak untuk Allah SWT , selawat dan salam ke atas Baginda Nabi Muhammad SAW..

Terima kasih kepada Biro Dakwah dan Kerohanian JPP IPIS atas usaha mengadakan kuliah dhuha ni. Alhamdulillah banyak faedah dapat kami cedok. Moga lepas ni dapat adakan lagi. Moga terisi dalam dada dan hati kami yang cetek dengan ilmu nih.

Kuliah pagi Ahad seperti lazimnya dah lama menjadi rutin di maktab ni. Alhamdulillah IPIS masih dalam biah Islamiyah. Harap-harap penuh harapan, sampai bila-bilalah IPIS tetap macam ni , bahkan lebih baik dari ni. Lagi bagus kalau kuliah dhuha ni buka kepada semua; pensyarah-pensyarah, staff, dan bukan hanya untuk student je. Just cadangan. Bila ramai-ramai,baru rasa kebersamaan.

Penceramah kali ini ialah Ustaz Riduan Mohamad Nor yang sedang menyiapkan Phd juga perunding motivasi serta aktif menyampaikan ceramah di dalam dan di luar negara seperti di Jepun, Mesir , Syria dan United Kingdom. Aku ada membeli buku-buku yang dihasilkan beliau sebelum ini dan alhamdulillah ahad lepas dapat bertemu sendiri dengannya. Aku amat mengagumi gaya penulisan dan keperibadian serta ilmu-ilmunya.

Ustaz seorang yang mempunyai banyak pengalaman memandangkan beliau dah banyak pergi ke merata-rata tempat. Antara cerita dan pengalaman yang telah dikongsi oleh beliau :

1) Malaysia lemah SANGAT dari segi budaya ilmu. Media Massa seperti televisyen bukan bertindak sebagai pemberi informasi akan tetapi lebih kepada pelampiasan hiburan dan tempat mendapatkan wang ringgit.

Hadis yang diriwayatkan Baginda Nabi Muhammad SAW ,

كن عالما أو متعلما أو مستمعا أو محبا و لا تكون خامسا فتهلك

Maksudnya: 'Jadilah kamu orang yang berilmu atau orang yang mengajar ( guru), atau orang yang mencintai kepada ilmu, akan tapi, janganlah kamu jadi golongan yang kelima , maka kamu akan musnah.'

Jika tidak ada sifat orang yang berilmu, atau tidak menjadi guru cubalah kita mendengar ilmu dan mencintai ilmu, jangan la pula jadi golongan yang kelima.

Contoh, jika kita tidak menjadi penceramah atau menjadi orang yang mendengar kepada sesuatu ceramah ataupun cinta dan suka kepada ceramah, jangan pula kita duk ganggu orang yang nak buat ceramah tu, tanggalkan lagi poster ceramah, kacau orang yang tengah berceramah., jangan benci kepada ceramah. Ceramah kan majlis ilmu juge.

2) Ilmu adalah berkaitan dengan kekualitian seseorang. Jangan puas hati dengan ilmu yang kita ada. Teruskan belajar.

3)Masyarakat sekarang susah untuk berubah.

4) Ada golongan yang menganggap bahawa :

a-Dosa-dosa peribadi bukanlah satu jenayah. Dan Isu moral bukan hal yang boleh diperundangkan.

b-Al quran perlu ditukar sesuai dengan peredaran zaman. Ada golongan mempertikaikan faraid, bab-bab Fiqh.

Mana mungkin kita boleh berpeluk tubuh dan sekadar tersenyum sambil berpangku lengan sahaja. Orang yang tidak berjuang akan diazab oleh Allah. (Surah At-Taubah: 39)

5) Statistik di Malaysia dari Januari 2003- Oktober 2008,(tak pasti tepat atau tidak, sebab takut tersilap salin apa yang ustaz bagitau dalam ceramah) sebanyak 200 ribu orang lebih, anak luar nikah.

Dalam tahun 1998, sebanyak 20 orang ribu lebih menukar nama di Jabatan Pendaftaran Negara(JPN).


Lawatan ke Gaza.

Ustaz bersama rombongan Muslim Care baru-baru ini telah menjalankan misi kemanusiaan di wilayah Gaza yang bersimbah darah semenjak serangan 27 Disember 2008. (Penjelasan yang lebih detail boleh diperolehi dari buku 'Gaza Menangis : Menelusuri Sejarah Perjuangan Palestin dan Pembantaian di Gaza'.) Ustaz juga menceritakan dalam pertemuannya bersama menteri-menteri HAMAS , di mana mereka sentiasa mengitari tasbih.

Orang Palestin adalah umat yang kuat semangat sekalipun tanahair mereka dilanyak oleh Yahudi Laknatullah. Air mata tumpah bila melihat gambar-gambar yang ditunjukkan Ustaz sepanjang Ustaz di sana. Ustaz dan rombongan ditemukan dengan beragam pesakit dengan pelbagai peringkat umur dan latarbelakang. Ada bayi yang berusia lima bulan yang cedera, ada ibu tua yang tidak berdaya, ada pemuda yang putus tangan dan kaki, disokong anggota badan dengan besi. Allah sahajalah yang mengetahui kesakitan mereka, namun pesakit yang dilawati tidak menyesal dengan taqdir yang tercatat malah dengan berbangga ,
"Kaki aku telah sampai ke syurga, namun aku masih di sini',' ''tangan aku telah ke syurga''. Mereka kelihatan bersemangat walaupun dalam keadaan sakit dan kehilangan. Al-Quran menghilangkan kesakitan mereka. Benarlah Firman Allah yang Maha Agung : Al Quran adalah huda wa syifa'a ( petunjuk dan penyembuh).

Bila pertumpahan darah berlaku secara tidak halal , maka itu adalah kezaliman . Lakukan apa yang kita boleh sekurang-kurangnya berdoa. Kita ada hutang dengan saudara mara kita di Palestin sana. Dapat kita lihat Yahudi ingin memusnahkan Masjidil Aqsa kerana betapa hebatnya Palestin. Kenapa Israel tidak pula mencari tempat lain? Sedia maklum bahawa ada 4 buah negara yang telah ditawarkan (Uganda, Palestin, Argentina) kepada Israel dan akhirnya Tebing Gaza yang dipilih.

Pertolongan Allah telah datang, sedang dan akan datang. Ustaz menceritakan keajaiban tu adalah pertolongan dari Allah. ALLAHUAKBAR!!.

a) Tentera Israel Laknatullah ada melihat lembaga putih yang berjubah tinggi ke awan sambil memegang senjata. (Itulah Malaikat-Malaikat yakni Tentera Allah yang tidak dapat dilihat oleh kita umat Islam akan tetapi dapat dilihat oleh musuh dan ini melahirkan ketakutan dalam hati pihak musuh).

b) Burung hitam menutupi kapal terbang ataupun pesawat Israel yang memantau gerakgeri Umat Islam di Palestin.

Tentera Israel ni juga bersifat tidak mesra alam dan punyalah jahat. Dengan binatang pun nak bermusuh, dengan tanaman pun nak bermusuh. Mengapalah mencari musuh? Masjid-masjid dan sekolah-sekolah pun dibom.

Ada lagi yang nak dicerita. In sya Allah lain kali sambung. Doakan.

WALLAHUA'ALAM