Tuesday, February 10, 2009

EKSKLUSIF: Pilihanraya Kecil P-059 Bukit Gantang, Pengerusi DAP Perak Cadang PAS Letakkan MB Perak Datuk Seri Ir.Nizar Sebagai Calon Pilihan !!

Tuesday, February 10, 2009
Eksklusif: Pilihanraya Kecil P-059 Bukit Gantang, Pengerusi DAP Perak Cadang PAS Letakkan MB Perak Datuk Seri Ir.Nizar Sebagai Calon Pilihan !!

IPOH [12.50 am] - Pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham mencadangkan PAS menimbang untuk meletakkan Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin sebagai calon pilihan raya kecil kawasan Parlimen Bukit Gantang. Sambil menyatakan beliau membuat cadangan itu atas kapasiti peribadinya, Ngeh berkata adalah elok jika Nizar dipilih sebagai calon kerana rakyat boleh menyatakan pandangan mereka mengenai perubahan kerajaan negeri itu. "Ini hanya pandangan peribadi saya. Terpulang kepada PAS untuk membuat keputusan. Walau siapa pun calonnya, kami akan memberikan sokongan penuh kami," katanya di sini hari ini. Nizar diarah meletak jawatan sebagai Menteri Besar minggu lepas oleh Sultan Azlan Shah berikutan kejatuhan kerajaan Pakatan Rakyat di Perak selepas empat Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) daripada pakatan itu meninggalkan parti masing-masing untuk menyokong Barisan Nasional (BN). Bagaimanapun, Nizar enggan meletak jawatan dan bertegas beliau masih Menteri Besar yang sah dan terus mendiami kediaman rasmi Menteri Besar di sini. Kerusi Bukit Gantang kosong berikutan kematian anggota Parlimen kawasan itu Roslan Shaharum, 50, daripada PAS hari ini akibat sakit jantung.

[Nampaknya kini Najib serta juak-juaknya dalam UMNO dan Barisan Nasional kini bagaikan "cacing kepanasan". Mereka takut untuk berhadapan dengan kenyataan serta "berpijak di bumi yang nyata sekarang". Jika sebelum ini, kuasa SPR dan Sultan boleh dipermain-mainkan. SPR juga dengan bangganya tidak mahu merujuk kepada surat Speaker dewan undangan negeri berhubung perletakan jawatan dua Exco PKR yang melompat parti baru-baru ini. Bahkan Pengerusi SPR boleh pula menerima surat ADUN terbabit sebagai panduan untuk membuat keputusan. Kononnya surat itu tidak sah. Dan kini "buku bertemu ruas"!! Apakah Pengerusi SPR akan mengatakan yang Surat Kematian Ahli Parlimen Bukit Gantang itu pula tidak sah!. Kini mereka begitu trauma melihat apa yang terjadi, tambahan pula Najib Razak. Ketakutan unuk berhadapan dengan Pakatan Rakyat dalam pilihanraya kecil kini menjadi kenyataan. Najib seolah-olah dipanggil untuk membuktikan pengaruhnya di Perak. Mahu atau tidak beliau terpaksa membuktikannya. Jika BN kalah, maka sahlah bahawa Sultan Perak telah membuat pilihan yang salah dengan mengikut telunjuk Najib. Kini apakah strategi mereka untuk memastikan kemenangan dalam pilihanraya kecil yang bakal diadakan nanti?. Apakah Najib akan meneruskan siri ugutan, paksaan dan rasuah kepada rakyat lagi seperti di Kuala Terengganu dan Permatang Pauh?. Apakah juga beliau akan merasuah Wakil Rakyat kali ini?].

p/s : moga PAS menang...amin

No comments: