Tuesday, December 2, 2008

Tolak usul rakyat Palestin, 15 NGO kecam Timb YDP Dewan Rakyat , Ronald Kiandee

Posted by Mohd Khalil Abdullah
Tue | Dec 02, 08 | 9:40:55 am MYT

KUALA LUMPUR, 2 Dis (Hrkh) -Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Dato' Ronald dikecam kerana tidak peka dengan penderitaan yang dialami oleh rakyat Palestin apabila menolak usul untuk membincangkan nasib rakyat Gaza.







Kecaman tersebut disuarakan oleh Pengerusi Teras, Mohd Azmi Abd Hamid dalam satu kenyataan media setelah menyerahkan satu memorandum di pejabat Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Datuk Pandikar Amin Hj Mulia pagi semalam.

Menurutnya, antara intipati memorandum tersebut ialah mengecam tindakan Dato' Ronald yang menolak usul yang dibawa oleh Ahli Parlimen Batu Pahat, Dr Mohd Puad Zarkashi.

"Alasan yang diberikan menunjukkan Timbalan Speaker itu tidak peka dengan penderitaan yang dialami oleh penduduk di Palestin.

Image"Penolakan usul bertentangan dengan sentimen dan hasrat rakyat Malaysia yang telah menggesa komuniti antarabangsa supaya mengambil langkah-langkah segera menarik balik pengepungan oleh Israel di Gaza dan menamatkan bencana kemanusiaan,"jelasnya.

Beliau juga mengesa agar pihak speaker segera menimbang semula usul tersebut dan menerimanya untuk dibahaskan.

Sementara itu, Ketua pegawai parlimen Dato' Kamarudin yang menerima memorandum itu telah berjanji akan menyampaikan sendiri kepada Speaker.

Memorandum tersebut telah ditandatangani lebih daripada 15 NGO.

Turut serta dalam rombongan tersebut ialah exco Dewan Pemuda PAS, Kamaruzaman Mohamad dan Dr Rosli Alany.

************************************************************************************

Lagi berita tentang usul ini dalam SuratKhabar Harakah 1-4 Disember 2008


PAS amat dukacita apabila Parlimen Malaysia menolak untuk dibincangkan usul mengenai tindakan kejam Zionis Yahudi mengepung Semenanjung Gaza, Palestin. Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Abdul Hadi Awang berkata usul menentang kezaliman adalah isu sejagat yang disepakati oleh semua parti politik di Malaysia tanpa mengira kaum dan agama.

Katanya PAS beserta rakan-rakan Pakatan Rakyat dari KeADILAN dan DAP turut sama menyokong usul berkenaan walaupun ia dibawa oleh wakil BN.

Usul itu ditolak oleh Timbalan Yang Dipertua dengan memaklumkan bahawa usul berkenaan tidak perlu disegerakan atas dasar Malaysia melalui Kementerian Luar telah mengeluarkan kenyataan akhbar pada 21 November lalu bagi mengutuk sekeras-kerasnya keganasan Zionis.

************************************************************************************

al bahanji mengomel: adakah sensitif hati dan fikiran kita terhadap saudara seagama kita sedangkan saudara mara kita tu tengah dilenyek oleh Yahudi dan Israel (laknatullah 'alaihim) sesuka dan sebebas hati mereka..

kerajaan kite : ala, xdak apa2 la kat iraq tu..cukup la dgn pe yg M'sia dah buat sbg tnda ketidaksetujuan kita? lagipun, ala..biasala tu dunia perang2 nih..

al bahanji mengomel lagik: camne ye usaha kite sebagai umat Islam dalam usaha kite untuk tolong saudara seagama kite kat dunia luar sane tuh?

pertolongan ALLAH pasti telah, sedang dan akan datang di akhir zaman ni..

************************************************************************************

WALLAHUA'ALAM =)

No comments: