Friday, December 19, 2008

Imbauan Sekitar Penubuhan IFC

Aku dapat berita bahawa penubuhan IFC telah diluluskan kat negara kite ni...dan sekarang walaupun dah lambat untuk aku sorot semula cerita tentang cadangan penubuhan IFC tu, tapi aku nak jugak cerita kat blog aku ni..

Maklumat di bawah bersumberkan dari sebuah laman yg membantah cadangan penubuhan IFC http://bantahifc.bravehost.com


*************************************************************************************

Kami MEMBANTAH cadangan penubuhan Suruhanjaya Antara Kepercayaan/Interfaith Commission (IFC).

We OPPOSE the proposed formation of the Interfaith Commission (IFC)


*************************************************************************************

Program-program terbaru ACCIN kini mendapat sambutan dan sokongan baik dari Majlis/Jabatan-jabatan Agama dan Pejabat-pejabat Mufti kesemua negeri. Ini terbukti dengan kehadiran yang baik dari pegawai-pegawai tertinggi masing-masing dalam program terbaru ACCIN di Plaza Hotel 12hb Ogos 2006.


*************************************************************************************


Allied Coordinating Committee of Islamic N.G.O.s (ACCIN)


Members are:

Al-Hidayah, Belia PERKIM, GEPIMA, Islamic Information and Services (IIS), Islamic Outreach ABIM, Jamiyah, Jemaah Islah Malaysia (JIM), Malaysian Chinese Muslim Association (MACMA), Persatuan Al-Hunafa, Persatuan Darul Fitrah Malaysia, Persatuan Ulamak Malaysia (PUM), Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia (MUAFAKAT), Research & Information Center of Islam (RICOI), World Assembly of Muslim Youth (WAMY)


*************************************************************************************

Apa Itu Interfaith Commission (IFC)?

IFC yang nama asalnya ialah IRC – Inter Religious Council (IRC) - adalah sebuah suruhanjaya yang dicadangkan penubuhannya seperti sebuah badan berkanun yang mempunyai kuasa undang-undang yang boleh mengubah ajaran sesetengah agama (baca: agama Islam) akibat desakan penganut agama lain. Badan ini berfungsi mirip sebuah mahkamah dan segala keputusannya adalah muktamad ke atas agama yang bersabit. IFC juga akan berfungsi seperti SUHAKAM yang menerima dan melayan aduan-aduan berkaitan dengan agama (termasuk aduan orang Islam terhadap agama Islam dan orang Islam).


*************************************************************************************

Siapakah yang mencadangkan penubuhan IFC?

IFC digagaskan penubuhannya oleh Malaysian Consultative Council Of Buddhism, Christianity, Hinduism dan Sikhism (MCCBCHS) ataupun Majlis Perundingan Malaysia Agama Buddha, Kristian, Hindu dan Sikh melalui memorandumnya kepada Majlis Peguam bertarikh 21 Ogos 2001. Presiden MCCBCHS ialah V. Harcharan Singh.


Siapakah yang paling bersemangat sekali menyokong penubuhan IFC?

Majlis Peguam terutamanya Jawatankuasa Kecil Hak Asasi Manusia amat kuat menyokong penubuhan IFC dan amat berharap ia akan berjaya.


Kronologinya seperti berikut:


1-Pada 8 Ogos 2001, Majlis Peguam telah menerima satu memorandum daripada MCCBCHS mengenai perkara ini dan selepas itu idea penubuhan IRC berjalan dengan lancar.


2-Pada 8 Disember 2001 satu perayaan 'Festival of Rights' diadakan dengan tema 'Kebebasan Beragama'.


3-Pada 10 Disember 2001, Majlis Peguam menganjurkan forum mengenai 'Kebebasan Beragama' dan menerbitkan satu artikel dalam jurnal INSAF.


4-Pada 17 Mac 2003 bengkel untuk menimbang keperluan wujudnya IRC diadakan. Bengkel ini gagal apabila kesemua NGO Islam menarik diri daripada terlibat dengan penubuhan suruhanjaya ini iaitu ABIM, ACCIN, JUST dan Sisters In Islam termasuk Dr. Chandra Muzaffar yang menjadi antara orang awal yang mencadangkan dialog antara kepercayaan. Bagaimanapun Sisters In Islam kemudian menyertai semula dan menyokong penubuhan suruhanjaya ini.


5-Pada pertengahan tahun 2004, satu persidangan mengenai penubuhan IRC diadakan. Bagi menunjukkan wujudnya sokongan, penganjur seminar telah melantik kesemua ahli Jawatankuasa Kecil Syariah Majlis Peguam sebagai ahli jawatankuasa penganjur tanpa pengetahuan mereka.


6-Mengemukakan deraf ketiga undang-undang penubuhan IFC bertarikh Januari 2005 kepada persidangan cadangan penubuhan IFC. Persidangan ini di anjurkan oleh suatu badan yayasan Kristian yang beribupejabat di Negara Jerman, iaitu Konrad Adeneuer Foundation (KAF).


Ummat Islam Malaysia harus bangun dan sedar bahaya yang bakal ditimpa jika penubuhan Suruhanjaya ini diluluskan dan berkuatkuasa.

Oleh itu ianya menjadi tanggungjawab dan kewajiban semua orang Muslim di Malaysia untuk:

  1. Faham dan maklum apa itu yang disebut sebagai Suruhanjaya ini dan implikasinya terhadap agama Islam dan ummat Muslimnya

  2. Berusaha memaklumkan serta memberi kefahaman kepada seluruh ahli keluarga, rakan-rakannya dan ahli masyarakat lain berhubung penubuhan IFC dan bahayanya

  3. Berusaha menyatakan bantahan yang keras dan bersungguh agar usaha penubuhan IFC ini dibatalkan

  4. Berusaha dengan bersama-sama dengan suara yang padu memintakan wakil-wakil rakyat mereka menyekat usul penubuhan Suruhanjaya ini dari di bawa ke Parlimen

  5. Menyuarakan bantahan melalui pelbagai media massa serta memberi pendidikan yang sewajarnya agar seluruh warga negara faham dan maklum sebab-sebab ummat Islam di Malaysia membantah penubuhan Suruhanjaya

  6. Memaklumkan serta menyebar maklumat kepada ummat Islam seluruh dunia dan berusaha mendapatkan sokongan mereka untuk turut bersuara melalui pelbagai kaedah dan ruang


THE HIDDEN AGENDA:

1-The IFC attempts to bypass and usurp the powers of State Islamic Religious bodies

2-
The IFC will bypass the Shariah Courts

3-
The IFC wants to use Civil Courts to decide on Islamic Religious Matters

4-
The formation of IFC is an interference in Intra-Muslim Affairs (NOT the Inter-Religious Affairs

5-
The IFC will eventually infringe the Muslims' rights to practice Islam in accordance with the Teachings of the Holy Qur'an and the Hadith


*************************************************************************************

Tuntutan Orang-orang Bukan Islam Yang Dibuat Melalui IFC?

  1. Seseorang anak yang dilahirkan oleh ibubapa Islam tidak seharusnya secara terus menjadi orang Islam.

  2. Orang-orang bukan Islam yang telah memeluk agama Islam hendaklah diberikan kebebasan untuk kembali kepada agama asal mereka (murtad) dan tidak boleh dikenakan tindakan undang-undang.

  3. Sebarang kes pertukaran agama orang Islam kepada bukan Islam tidak sepatutnya dikendalikan oleh mahkamah syariah tetapi dikendalikan oleh mahkamah sivil.

  4. Tidak perlu dicatatkan di dalam kad pengenalan sesorang Muslim bahawa ia beragama Islam.

  5. Orang bukan Islam tidak perlu dikehendaki menganut Islam sekiranya ingin berkahwin dengan orang Islam. Orang Islam hendaklah dibenarkan keluar daripada Islam (murtad) sekiranya ingin berkahwin dengan orang bukan Islam tanpa boleh dikenakan apa-apa tindakan undang-undang.

  6. Seseorang atau pasangan suami isteri yang menukar agamanya dengan memeluk Islam tidak patut diberikan hak jagaan anak.

  7. Orang-orang yang bukan Islam yang mempunyai hubungan kekeluargaan dengan seorang yang memeluk Islam hendaklah diberikan hak menuntut harta pusakanya selepas kematiannya.

  8. Kerajaan hendaklah menyediakan dana yang mencukupi untuk membina dan menyelenggara rumah-rumah ibadat orang bukan Islam sebagaimana kerajaan menyediakan dana yang serupa untuk masjid.

  9. Orang-orang bukan Islam hendaklah dibenarkan dan tidak boleh dihalang daripada menggunakan perkataan-perkataan suci Islam dalam percakapan dan sebagainya.

  10. Bibel dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Indonesia sepatutnya dibenarkan untuk diedarkan kepada umum secara terbuka.

  11. Pelajaran agama bukan Islam untuk penganut agama itu hendaklah diajar di semua sekolah.

  12. Program-program berunsur Islam dalam bahasa ibunda sesuatu kaum hendaklah ditiadakan. Program dakwah agama lain selain Islam pula hendaklah dibenarkan untuk disiarkan dalam bahasa ibunda masing-masing.

  13. Orang-orang Islam yang membayar zakat tidak sepatutnya dikecualikan daripada membayar cukai pendapatan dan wang hasil zakat sepatutnya digunakan juga untuk keperluan orang-orang bukan Islam.

  14. Sepatutnya Islam tidak disebut sebagai pilihan pertama masyarakat Malaysia seperti dalam soal pakaian menutup aurat kepada pelajar sekolah.

*************************************************************************************

Apakah bahayanya penubuhan IFC terhadap Islam?

Berdasarkan deraf undang-undang penubuhan IFC, suruhanjaya ini jika ditubuhkan amat berbahaya kepada Islam dari sudut:


A. Membuka ruang seluas-luasnya untuk orang bukan Islam mencampuri hal-ehwal agama Islam


IFC jelas sebuah suruhanjaya anti-Islam. Ini adalah campurtangan orang bukan Islam dalam hal ehwal agama Islam secara terang (tanpa berselindung). Hak perlembagaan bagi mengamalkan agama sendiri (Artikel 11(1) Perlembagaan Persekutuan - Kebebasan Beragama) tidak berlanjutan kepada mempersoalkan agama lain dan tidak sampai menuntut ajaran agama orang lain dipinda semata-mata untuk kepentingan sendiri. Orang-orang bukan Islam berhak untuk menuntut hak mereka mengamalkan agama sendiri tetapi tidak sampai mempersoalkan dan campur tangan dalam urusan Islam. Campur tangan ini amat bahaya. Perkara yang berkaitan dengan agama Islam hendaklah diselesaikan oleh mereka yang berkelayakan di dalam Islam sendiri.


B. Menjadikan undang-undang Allah mesti tunduk kepada norma-norma antarabangsa yang dicipta oleh manusia yang menjejaskan akidah.


Menurut deraf rang undang-undang IFC yang dikemukakan di persidangan tersebut, IFC akan berkuasa melaksanakan beberapa norma-norma undang-undang antarabangsa seolah-olah ia adalah undang-undang Malaysia, bagi memutuskan aduan pencabulan hak mengenai agama. Ini bererti aduan tidak akan diselesaikan mengikut agama seseorang ataupun undang-undang sivil Malaysia.


Norma-norma antarabangsa tersebut ialah:


-Deklarasi Hak Asasi Sejagat 1948


-Konvensyen untuk menghapuskan semua jenis diskriminasi terhadap wanita (disahkan oleh Malaysia pada 5 Julai 1995)


-Konvensyen mengenai hak kanak-kanak


-Deklarasi untuk menghapuskan semua bentuk ketidak-toleransi dan diskriminasi berdasarkan agama


-Deklarasi mengenai hak-hak orang untuk mempunyai kewarganegaraan, sukukaum, agama dan bahasa minoriti


-Deklarasi Vienna dan pelan tindakan


Semua norma antarabangsa tersebut belum disahkan Malaysia kecuali yang dinyatakan sebaliknya. IFC menuntut supaya agama mestilah mengikut ketentuan norma antarabangsa di atas. Norma antarabangsa tersebut tidak membezakan antara orang Islam dan bukan Islam. Bagi orang-orang Islam, peraturan untuk kehidupan mereka bukan lagi Islam tetapi norma-norma antarabangsa yang dicipta oleh manusia. Apa sahaja ajaran Islam yang bertentangan dengan norma antarabangsa hendaklah dihapuskan. Ini bermaksud, Allah mesti tunduk kepada norma antarabangsa. Ia menjejaskan akidah seorang Muslim.


Walaupun PBB mengisytiharkan Deklarasi Hak Asasi Manusia 1948, badan itu tidak berhasrat dan tiada percubaan di mana-mana pun di dunia ini dibuat tengan tujuan mendirikan satu badan seperti IFC. Tidak menghairankan kenapa kerajaan PM Abdullah Ahmad Badawi dan juga Presiden PAS, Ustaz Abdul Hadi Awang menolak cadangan mendirikan IFC itu.


C. Orang Islam bebas melakukan apa sahaja


Manusia adalah bebas. Begitu juga orang Islam adalah bebas. Mereka bebas melakukan apa sahaja termasuk mengamalkan ajaran agama lain tetapi masih boleh mengaku sebagai seorang Muslim atas nama kebebasan beragama. Kebebasan agama ini dijamin oleh norma antarabangsa di atas.


D. Orang Islam bebas untuk murtad


Deklarasi sejagat mengenai hak asasi manusia menyatakan Òsetiap orang mempunyai hak untuk bebas berfikir, suara hati dan agama. Ini termasuk kebebasan menukar agama ...Ó (Artikel 18). Ini bermaksud status sebagai seorang Muslim bukan ditentukan oleh Tuhan tetapi ditentukan oleh manusia. Berdasarkan norma antarabangsa, Islam tidak berhak menghalang penganutnya keluar daripada Islam kerana itu dibenarkan oleh norma antarabangsa.


E. IFC berhak menentukan status agama seseorang


Seseorang yang ingin murtad boleh mengemukakan permohonannya kepada IFC. Permohonannya akan ditentukan ahli-ahli IFC yang di antaranya adalah orang bukan Islam. Ini campur tangan yang amat nyata dalam hal ehwal agama Islam. Jabatan Pendaftaran Negara tidak berhak menolak permohonan seseorang untuk menukar nama daripada Islam kepada bukan Islam dengan alasan suatu percubaan untuk murtad. Jika permohonan ditolak ini menjejaskan keharmonian dan kebebasan beragama. Perkara ini terkandung di dalam seksyen 19(3) deraf undang-undang IFC.


Tiada sebarang agama yang sanggup menerima campurtangan oleh mereka yang bukan penganutnya. Oleh yang demikian tidak pernah wujud badan seumpama IFC di mana-mana sahaja dalam dunia ini.


*************************************************************************************

Kenapa Kita Mesti Bantah IFC

1. Sikap Anti-Islam Pihak Penaja

Pihak Penaja jelas menunjukkan sikap yang anti-Islam. Ini adalah kerana beberapa memorandum yang dikeluarkan oleh mereka sebelum ini seperti berikut:

a-Seseorang Muslim patut diberi hak untuk meninggalkan Islam walaupun agama Islam tidak membenarkannya;

b-Artikel 11 Perlembagaan Persekutuan (dilihat dari aspek pelbagai dokumen antarabangsa mengenai hak asasi manusia dan hujah-hujah kes mahkamah di negara-negara bukan Islam) seharusnya diguna-pakai dalam menentukan hak seseorang Muslim memilih untuk murtad, dan bukannya undang-undang syarak;

c-
Untuk memudahkan proses murtad Mahkamah Sivil dan bukannya Mahkamah Syariah yang seharusnya diberi kuasa menentukan hak seorang Muslim itu keluar dari agamanya;

d-
Usaha yang diambil oleh Pihak Berkuasa Syariah Negeri memulihkan orang-orang yang bakal murtad dipertikaikan;

e-
Istilah “Muslim” di bawah Undang-undang Enakmen Negeri terlalu luas walaupun didapati konsisten dengan undang-undang Syariah;

f-
Seseorang itu tidak harus dianggap Muslim hanya disebabkan kedua ibubapanya Muslim atau beragama Islam atau dalam keadaan lain berdasarkan Undang-undang Syariah. Individu berkenaan sepatutnya membuat pilihan atas kehendaknya sendiri;

g-
Agama seseorang Muslim itu tidak sepatutnya tercatat pada Kad Pengenalannya.


Isu-isu di atas langsung tidak ada kena mengena dengan hubungan antara agama tetapi adalah bersabit dengan ajaran Islam yang tidak boleh dipertikaikan oleh penganut-penganutnya sendiri apatah lagi oleh orang-orang bukan Islam.


Pelbagai memorandam yang dikeluarkan pihak penaja IRC/IFC terang-terang merupakan tindakan campur tangan yang serius terhadap ajaran Islam.


Sikap dan perasaan benci yang amat mendalam terhadap Islam di kalangan ahli-ahli pihak penaja yang bukan Muslim amat jelas kerana tidak mengendahkan bantahan seluruh ummat Islam dan badan-badan yang SAH mewakili Islam.


Dengan kebencian mereka terhadap Islam – seperti yang terbukti melalui artikel yang ditulis oleh Ahli Kanan Majlis Peguam dalam warta mereka yang menghina azan yang mana telahpun dijawab oleh YAB Perdana Menteri – adalah dikhuatiri tuntutan lain pula akan menyusul sehingga ciri-ciri keIslaman negara ini terurai. Pernah diperkatakan Malaysia hampir mencapai kedudukan sebagai sebuah Negara Islam, kalau tidak kerana campur tangan kuasa penjajah dan ketibaan orang-orang bukan Muslim. Apakah kita sekarang ini sedang menyaksikan negara kita mundur semula menjadi negara sekular dengan Islam sebagai hiasan politik semata-mata?!


2. Isu-isu yang Dibangkit Tidak ada Kena Mengena Dengan Hubungan Antara Agama


Tiada satupun perkara yang dibangkitkan dalam mesyuarat-mesyuarat mereka ada berhubung dengan isu-isu orang-orang bukan Muslim. Malah isu-isu yang antaranya disebut di atas adalah kesemuanya berhubungkait dengan ajaran dan hak-hak orang Islam.

3. IFC/IRC Mencabar Perlembagaan Islam Sebagai Agama Rasmi Malaysia


Sebagai suatu strategi bagi menentukan penubuhan IRC, hanya bentuk kasar pertubuhan ini sahaja diperkenalkan buat masa ini. Isu-isu yang dibangkitkan itu, sekiranya tidak diambil kira implikasinya, kelihatan seperti munasabah: contohnya, mualaf yang ingin kembali kepada agama asal mereka apabila perkahwinan mereka dengan orang Islam gagal.


4. IFC Akan Menjadi Badan Yang Boleh Mempersoalkan Hukum-hakam Islam


Berdasarkan minit-minit mesyuarat Jawatankuasa Penubuhan IRC badan ini akan diwakili oleh Islam dan yang bukan Islam dengan kuasa untuk menerima aduan daripada penganut mana-mana agama terhadap agama Islam dan akan membuat keputusan


5. IFC Bakal Campur Tangan Dalam Pentadbiran Hal Ehwal Islam


IFC semestinya akan campur tangan dalam susunan perlembagaan sedia ada yang berkaitan dengan pentadbiran hal ehwal agama Islam yang mana kuasa diberi kepada Raja-Raja, Majlis Agama Islam Negeri dan Badan-badan lain serta pegawai-pegawainya. IFC akan mendapat tentangan hebat daripada pihak-pihak tersebut. Implikasi bagi perpaduan ummah, hubungan di peringkat Persekutuan dengan Negeri dan cabaran kepada pentadbiran Islam yang sedang menghadapi pelbagai masalah, adalah serius.


MAKA, adalah menjadi tanggung jawab seluruh ummat Islam di negara ini supaya membantah cadangan penubuhan IRC/IFC ini. Membenarkan penubuhannya walaupun dalam bentuk yang paling sederhana sekalipun akan membuka ruang kepada lebih banyak lagi tuntutan untuk memperkukuhkannya sehingga ia dapat melemahkan Islam dengan berkesan.

*************************************************************************************


Nyatakan sokongan anda dalam usaha ini dengan bertindak segera dan terus

beristiqamah in sya ALLAH


Hebahkan dan maklumkan kepada ahli keluarga, rakan taulan dan seluruh masyarakat http://bantahifc.bravehost.com


**************************************************************************************

Suruhanjaya Antara Agama (IRC): Umat Islam tidak mahu bersatu

Ipoh 17 Muharram 1426H @ 25 Feb 2005 - Mufti Kerajaan Negeri Perak Darul Ridzuan, YBhg Dato' Seri (Dr) Hj Harussani bin Hj Zakaria menyeru umat Islam khususnya mereka terdiri daripada AJK dan Pengurusan masjid supaya bersatu menentang agenda yang berniat mencerobohi kedaulatan agama Islam.

Komen ini dibuat khususnya merujuk kepada isu penubuhan Suruhanjaya Antara Agama (IRC) yang dicadangkan oleh Majlis Peguam bagi menyeimbangkan atau menjadi hubungan antara agama-agama di Malaysia.

Dalam komennya melalui ruangan Soal Jawab Agama yang didisarkan melalui Radio 3 Negeri Perak semalam, Dato' Seri Dr Hj Harussani menegaskan soal dalaman agama Islam tidak boleh dipertikaikan oleh mana-mana pihak sekali pun kerana ia telah termaktub dalam perlembagaan negara.

Harussani berkata oleh kerana umat Islam sendiri tidak mahu bersatu, ini telah memberi ruang kepada pihak lain untuk berbuat sesuatu seolah-olah laluan baru kepada mereka untuk mencampuri hal ehwal agama Islam.

Mufti Kerajaan Negeri Perak itu memberikan contoh dalam isu 'sure heboh' yang haram dari segi hukum syarak, umat Islam terutama di kalangan pengurusan masjid dan pertubuhan-pertubuhan agama Islam tidak menyuarakan sokongan dan pandangan mereka untuk menyokong pendirian tersebut.

Justeru itu, umat Islam perlu mengubah fikiran supaya bersikap lebih pro aktif dalam isu yang melibatkan kepentingan umat Islam - JMNPk


Copyright © 2004 Jabatan Mufti Negeri Perak


http://mufti.perak.gov.my/berita/berita050225-1.htm



*************************************************************************************


Al bahanji : Ya ALLAH, kuatkan iman dan pendirian kami terhadap agamaMU...amin..

dan hapuskanlah laknatullah yang berniat untuk mencerca agamaMU...

wALLAHUA'LAM..

No comments: