Thursday, December 11, 2008

Filem Muallaf? Boikot Yasmin Ahmad !!!

(Updated:) Kupasan di bawah bersumberkan dari Suratkhabar Siasah bertarikh 14-20 Disember 2008.

Yasmin yang amat bangga dengan filem-filemnya seperti Sepet,Gubra dan Mukhsin sudahpun menayangkan Muallaf di Singapura kerana di Republik itu lah Yasmin dapat memaparkan segala falsafahnya mengenai Melayu dan Islam kerana dia tahu adegan-adegan itu pasti akan diharamkan di Malaysia.

Jadi apakah niat Yasmin membuka tayangan filem-filemnya di Singapura walhal matlamat akhirnya ialah untuk memaparkan segala kritikannya terrhadap Islam dan orang Melayu kepada orang Melayu di Malaysia sendiri.

Justeru, Yasmin dianggap pengkhianat bangsa dan agama kerana membuka pekung di dada di negara jiran yang sememangnya sukakan hal-hal yang memalukan Malaysia.

Tidak malukah Yasmin dan tidak sedarkan diri yang dia sendiri diperalatkan oleh Singapura.

Lain lah kalau Singapura itu sebuah negara yang punya rekod terbaik di segi hak bersuara dan berkarya seperti New Zealand, Sweden, Denmark atau Norway.

Takkan Yasmin tak tahu bahawa kalau dia rakyat Singapura dan cuba hasilkan filem-filem yang memperlekehkan kepimpinan negara itu, dia mungkin akan berhadapan dengan dakwaan di mahkamah , didenda sampai muflis atau dihumban ke dalam penjara. * tapi, aku rasa xdenye kerajaan kite ni nak amik tindakan sebegitu?*

Inilah kejahilan Yasmin yang masih melekat pada dirinya walhal dia dan syarikat iklannya tiap tahun meraih rezeki melimpah-limpah dengan syarikat-syarikat besar di Malaysia.

Dalam muallaf yasmin memaparkan beberapa adegan yang semesrinya akan menimbulkan kontroversi di Malaysia seperti adegan dalam Filem Gubra di mana seorang bilal memegang anjing dalam perjalanan ke surau untuk melaungkan azan solat subuh.

Dalam Muallaf dia memaparkan adegan laungan azan dengan muzik opera sebagai latarbelakangnya serta lagu gereja Amazing Grace menjadi lagu latar filem ini.

Umumnya Muallaf merupakan satu lagi usaha dia untuk memaparkan kepercayaan dia bahawa semua agama adalah sama iaitu mengajar manusia agar bertingkahlaku baik dan berbakti kepada manusia yang lain.

Dalam Sepet dan Gubra, Yasmin memaparkan pelbagai adegan memperlekehkan orang Melayu dan Islam manakala menerusi Mukhsin pula Yasmin mahu melihat anak-anak Melayu Islam bercinta (mendekati zina) dari zaman kanak-kanak lagi kerana bagi Yasmin cinta adalah sesuatu yang 'murni'.

Yasmin ternyata amat jahil sekali dalam soal ini kerana selain daripada urusan hariannya dengan sesama manusia, tiap umat Islam juga punya urusan dan tanggungjawabnya dengan Penciptanya yang jauh lebih besar.

Soalnya adakah Yasmin berpendapat bahawa seperti orang Islam, orang bukan Islam juga akan masuk syurga kalau dia sentiasa membuat kerja amal walaupun akidah dan syahadahnya tidak ada atau dia tidak langsung percaya wujudnya Allah S.W.T

Pendirian Yasmin inilah yang patut dikaji , disiasat dan kalau orang-orang seperti ini patut dibawa ke Mahkamah Syariah untuk menghadapi tuntutan jenayah syari'ah. *Aku rasa patut masukkan ISA je orang cam Yasmin ni. Ni tak, asyik nak tangkap dan nak masukkan orang-orang yang memperjuangkan agama Islam ke penjara(ISA) je!!!. *Kalau benar Barisan Nasional nak bawak agama Allah ni, maka buatlah sesuatu ke atas Yasmin ni..kite pakat tengok apa yang BN akan buat pasni..

Islam bukan pada nama seseorang tetapi melalui pengamalan yang dilahirkan melalui anggota tubuh badan seseorang.. Na'uzubillah ( Kita berlindung dengan Allah ) dari pada menjadi orang yang langsung hilang rasa sensitif kat orang yang sokmo duk hina Islam ni.. Kita sebagai ummah yang ada kesedaran ini takkan nak berpeluk tubuh atau sekadar mengeleng-ngeleng kepala bila ada sebarang adegan2 atau usaha2 yang berniat menjatuhkan agama kita ni, maka BUATLAH sesuatu hatta dengan cara berdoa kepada ALLAH agar melindungi diri kita semua dan menangkanlah usaha pihak yang mendaulatkan ISLAM di Malaysia ni.. Moga kemenangan menjadi milik PAS pada pilihanraya tahun depan 17 Januari 2009 di Kuala Terengganu(amin..) berikutan pemergian Tim Menteri Pelajaran Arwah Datuk Razali B Ismail ke hadrat ALLAH 28hb lepas. TAKBIR!! ALLAHUAKBAR!!

*************************************************************************************
Kupasan di bawah dipetik dari Pancaindera 7 Disember 2008(Hari Ahad) lepas..

Mualllaf adalah filem terbaru dia (Yasmin Ahmad) , sama je konsepnya kalau nak disamakan dengan filem - filem dia sebelum ni seperti Gubra. Seperti biasalah filem2 di bawah arahan Yasmin Ahmad ni kerapkali bertujuan menyamaratakan semua agama kerana tuntutan kepada setiap mana2 agama mengkehendaki penganutnya melakukan kebaikan. Agak berang jugak aku lepas baca artikel tentang filem 'Muallaf' ni. Muallaf pertama kali ditayangkan di Singapura pada 29 November 2008. Sambutan di Singapura amat memberangsangkan apabila tayangan hari pertama penuh sesak sehinggakan penonton perlu membuat tempahan awal bagi mengelak kehabisan tiket.

Filem Muallaf ini tidak diluluskan di Malaysia berikutan pengarah kontroversi tu yang enggan mematuhi arahan Lembaga Penapisan Filem(LPF) itu supaya memotong beberapa adegan penting yang boleh mencetuskan sensitiviti agama di negara kita ni. Tapi bagi aku, b aik xpayah lulus terus kat Malaysia ni. Apakan kerelevanan yang ada bagi filem seperti ini untuk dibuat sebuah filem??. Islam adalah agama yang paling lengkap dan syumul dan islam adalah agama yang tidak pernah sama dengan mana-mana agama lain. Islam adalah agama yang paling tinggi dan tidak ada yang paling tinggi melainkan I slam.


Antara adegan yang terdapat dalam Muallaf

*Rohana mempunyai hobi misteri apabila gemar menyebut nombor tertentu yang dibaca daripada kitab Injil dan Tao Te Ching selain Al Quran.

*Ayah Rohana dan Rohani tidak rasa berdosa minum arak namun pada masa sama enggan bersalaman dengan bukan islam yang baru memegang anjing.

*Rohani dan Rohana membaca terjemahan dalam Bahasa Inggeris surah al Baqarah untuk gadis bukan Islam yang sedang berada dalam keadaan koma di hospital.

*Brian semasa kanak-kanak ditangkap bapanya ketika melakukan onani sambil melihat majalah porno. Sebagai hukuman, dia dibawa ke luar rumah dan dibogelkan di tepi jalan oleh bapanya yang merupakan penganut Kristian Katolik.

*Brian mencium bra wanita dan meletakkan di atas kepala dan turut berkeinginan mencium seluar dalam wanita.

*Laungan azan yang berlatarbelakangkan muzik opera.

*Dialog antara Rohani dan Rohana mengenai masyarakat yang takut dengan apa yang mereka tidak tahu dan tidak faham tentang agama.

*Lagu gereja Amazing Grace menjadi lagu latar dalam filem ini.

*Kemurnian hati seorang pelayan wanita kelab malam bukan Islam yang sanggup menolong Rohani yang kesempitan wang.

*Brother Anthony memhon doa di gereja ketika Rohana diculik oleh pengawal bapanya.

aku xpasti tajuk filem apa, tapi yasmin ahmad pernah dapat anugerah melalui filem dia sebelum ni..

************************************************************************************

Lagi artikel ada menyebut:

*Yasmin gagal memberi keindahan sebenar mengenai wajah agama islam yang menuntut jalan yang lurus. Imej muallaf yang dilontarkannya adalah TERLALU MENGECEWAKAN. Ini kerana terlalu banyak perkara yang diambil ringan maksudnya berbanding kesannya terhadap agama Islam.

*Sewajarnya difahami, subjek agama yang diangkat dalam Muallaf tidak sepatutnya diletakkan dalam medium seni yang tidak pernah begitu jelas justifikasinya.

*Semua pengarah melakukan kesilapan dan kesilapan Yasmin cuba menunjukkan semua agama menyuruh melakukan kebaikan dan dia mahu menyamaratakan semua agama untuk kelangsungan hidup. REALITINYA, ISLAM TIDAK PERNAH SAMA DENGAN MANA-MANA AGAMA!!!

*************************************************************************************
*Berita disediakan oleh Kamil Maslih dan Arif Nizam Abdullah yang menonton filem '' muallaf'' di Singapura dan berita lengkap boleh dibaca dalam ruangan hiburan dalam helaian Pancaindera (dalam akhbar Mingguan Malaysia 7 Disember 2008/ Hari Ahad).

al bahanji: apa fungsi lembaga penapisan filem kat mesia ni dan apa yang diaorang dah buat dengan kuasa depa tuh sedangkan filem dia 'sebelum ni , contohnya 'Gubra' pun banyak sentuh sensitiviti umat Islam, tapi nape lulus tayangannya gak kat Mesia ni???

WALLAHUA'ALAM

2 comments:

MOHD AFIQ said...

Dah macam orang munafik dah saya tengok si Yasmin AHmad tu. Kenapalah nak samakan Islam dgn agama lain. Kalu macam tu, kalu dah same dgn agama lain, baik aku panggil si Yasmin tu penganut agama buddha ke, kristian ke, hindu ke, ape ke. Kalu saya ckp mcm ni kat yasmin tu, tau pulak nak marah. Tetapi dia sekarang telah banyak mmbuat orang marah terhadap pendiriannya. MOga-moga kita dijauhkan daripada sifat seperti itu. Amin.

hijau said...

mudah-mudahan, amin.
pertama sekali, maaf klu apa yg sy bkl kate ni singgung hati sape2, cume sy harap anda blh fikir ape sy nk ckp ni dgn fikiran yg waras, n bknnye ikut emosi semate. sbrg p'bncgn kite blh bt dgn rasional.
sy setuju tidak sebarang pun agama yang sama dengan Islam di sisi Allah, tp sy rse kte tak blh nafikan ajrn2 agma lain yg hakikatnye mmg ade m'dorong ke arah kebaikan, cume agm2 lain tdk sesemprna Islam, n tak ditrime Allah. ap yg sy nk nyatakn bkn kite blh anuti agm lain, cume kite tak blh slh dlm soal menilai agm -punce t'pesongnye fikirn manusie. ade rasionalnye yg mengatakn agm2 laen pn suruh pnganutnye ke arh kebaikn, krn agm2 laen sndiri pon ade yg aslnye agm dr Allah, cume dah dipesongkn oleh umat zmn tu sndiri. sbb tu agm2 tu di'mansuh'kn...sbb tu ade sstgh agme yg ajrnnye skt sbyk hmpr sme dgn Islam, tp bab aqidah mrk jauh t'pesong. mcm mne t'pesong n mcm mne truk pn mrk n agme mrk, hak utk m'hine mrk bkn pd kite - Allah je yg berhak. kite semulia Allah ke? byk lg care yg lbh m'agungkn Islam drpd terus gune care m'hina agm lain, sbb klu org Islam sndri mengutuk n menghina org lain seakn2 umatnye sndiri takde cacat cela, sdgkn kat luar sne sdare2 seIslam kite bt mcm2 yg kdg2 lg truk dr mrk, ape pndgn mrk (bkn Islam) terhdp Islam? ap akn jd pd imej Islam?
tntg adegan2 yg sensitif - e.g minum arak tp taknak salam org bkn islam yg bru pgg anjing. scre terangan, mmg kite rse tak patut mcm tu. tp tidak lgsg ke awk t'fikir dr sudut lain? adegan tu dgn halus cuba menyindir golongan yg sebegitu, awk tak t'fikir? itu cara org filem smpaikan msj...bknnye sgje buke pekung di dada. awk prnh tgk SLUMDOG MILLIONAIRE? mgkn awk ak benci pengarah nye mcm awk benci yasmin ahmad, tp klu awk pnjgkan sikit lg pemikiran awk, awk pasti nmpk msj yg nk dismpaikn pgrh tu.
film2 mcm ni mmg slalunye kite benci sbb mcm m'burukkn kite. tp nak tak nak kite kne akui mmg ujud org2 mcm dlm film tu dlm golongan kite. n org mcm tu lah yg perlu ditegur n dibentuk. cube awk, t'jmp org yg minum arak tp taknak lak salam dgn org yg br lps pgg anjing, awk tegur tak, agak2? awk fikirlah sndiri. meskipun awk konfiden awk akn tegur, cube fikir mcm mne awk nk tegur? tentu gune cre awk sndiri, kn? same lah dgn org2 filem ni...org yg bt filem ni, ats mcm2 niat. klu ats niat yg awk kte td - nak untung byk, die takkan buat yg sarkasm mcm tu. tp dgn amek risiko dikecam n dibenci mcm ni, diorg bt film mcm tu utk difikir2kn baik2, dgn akal fikiran yg waras. diorg cube tunjukkan betape buruknye amln2 yg buruk tu pd org2 yg bt amln2 tu. pd yg tak bt amln tu, dijdkn pgjrn. dgn care tu lah msj dismpaikan...
sy tak rncg pun tuk tglkn komen yg mgkn bg awk memihak pd yasmin ahmad - meski pn sy tak memihak lgsg. it's ok klu awk tak publish komen ni, cukup aslkn awk bce sndiri.