Saturday, October 4, 2008


Murid Tahap 2



Murid Tahap 1


Hari ini, bermakna sudah lebih kurang 3 minggu aku meninggalkan sekolah tempat aku menjalani praktikum( praktikal), dan kini menjalani kehidupan kembalisebagai student di maktab. Fuh, Alhamdulillah akhirnya selesai, walaupun kecewa juga kerana tidak menyempurnakan tugas praktikal di sekolah dengan sebaik mungkin. Kesal juga kerana tidak dapat memanjangkan usaha dan latihan mengajar bacaan dalam solat kepada pelajarku. Itu niatku terhadap anak muridku. Kesal pun bukan kesal apa, cuma kesal dengan diri sendiri kerana tak bersungguh-sungguh menekankan tentang bacaan solat tersebut sejak mingggu pertama praktikal lagi. Bayangkan! Adaanak-anak muridku di Tahun 5, yang tidak tahu-menahu bacaan doa Iftitah, (apatah pula bacaan-bacaan lain yang terdapat dalam Rukun Solat, seperti Tasyahud Awal)?? Ada anak murid ku apabila diminta membaca bacaan di dalam solat( dengan melihat kertas yang aku berikan), kelihatan merangkak-rangkak menyebut huruf-huruf tersebut. Lidahnya bertatih-tatih.. Kalau bacaannya tidak lancar, tidak mengapa, tetapi, dia tak kenal huruf, itu memang tak patut.. Sedangkan pada tahun hadapan , mereka akan menduduki UPSR dan seterusnya melangkah ke alam sekolah menengah dan akan baligh.. Nampaknya sahih, muridku ini masih tak kenal huruf hijaiyyah sedangkan itu adalah basic!

Lantas, salah siapakah jika murid ku menjadi sedemikian? Ibubapakah? atau gurukah? Sekarang, persoalan utamanya, bukanlah dengan menuding jari menyalahkan mana-mana pihak, tetapi, apakah yang patut kita buat untuk menangani permasalahan yang menimpa anak generasi zaman sekarang yang tidak kenal huruf hijaiyyah ini?. Perbuatn menuding jari hanyalah membuat keadaan tetap begitu dan tidak menyelesaikan pun. Mengenal huruf hijaiyyah adalah kunci untuk pandai membaca Iqra' dan seterusnya pandai membaca AL-QURAN..Kalau huruf pun tak kenal,bagaimana untuk membaca Iqra', seterusnya membaca AL-QURAN, lantas bagaimanakah pula mereka untuk mendirikan solat? apakah bacaan yang mereka baca?

Murid sekarang nampaknya lebih advance dalam dunia teknologi , contohnya sudah ada handset. Seingat aku, aku mula kenal handset, kira-kira kat sekolah menengah.. tapi, budak zaman sekarang, darjah 4 atau 5 sudah ada handset sendiri!

SEDIH...

Aku nanti (insyaALLAH) apabila ada zuriat nanti, bagaimanakah didikan yang akan ku berikan terhadap mereka? Apa yang patut ku utamakan dan ku dahulukan? Mula-mula sekali, biar anak kenal agama, biar anak kenal Tuhan, biar anak kenal Nabi. Bila itu dah diajar, maka hal-hal duniawi akan datang kepada mereka dengan mudah..insyaALLAH.. jangan runsing..

Lantas sekarang, apakah Malaysia masih dalam 'al kalam wal kalibut' ( kelam kelabut) dengan isu pembelajaran Sains & Mate yang dijalankan dalam Bahasa Inggeris di sekolah rendah??
*Kepada Kerajaan Malaysia, biarla segalanya seiring. Janganla isu PPSMI itu diutamakan keterlaluan , sedangkan huruf Hijaiyyah itu sendiri pun lintang pukang! Pikirlah sendiri..''

Firman ALLAH SWT :
"Baldatun Thoiyyibatun wa Rabbun Ghofur"

*Kepada ibupada, ''Budak adalah bersih jiwanya, ibubapalah yang mencorakkannya.Jangan kerana salah kita yang kurang mendidik, anak pula menjadi mangsa!''



Astaghfirullah...

WALLAHUA'LAM...

No comments: