Sunday, October 26, 2008

Kuliah Ustaz Yusof Embong - Di Paya Besar, Kuantan ( 26 Okt 2008) Bertajuk ''Ke arah mencapai kemenangan : Peranan dan Tanggungjawab Muslimat''

CIRI-CIRI UNTUK MENCAPAI KEMENANGAN (belum siap dikemaskini)

1-tetap dan tidak berganjak di dalam perjuangan ( istiqamah)
2-hubungan yang kuat dengan Allah
3-sentiasa taat dan patuh kepada Allah
4-bersatu, tidak berpecah (mempunyai ukhwah yang kukuh)
5-bersabar
6-bekerja keras
( rujuk surah Al Anfaal : 45-46)
6.1 - menyebarkan dakwah dan penerangan ( Surah Nuh : 5)
6.2 - tarbiyah (tarbiyah: ni ejaan yg betul. tarbiyyah adalah ejaan yg salah).
Surah Al - kahfi: 28)

3 BEKALAN PARA DAIE

1- al fahmu ad daqiiq ( kefahaman yang tepat)
2- al imanu al 'amiiq ( keimanan yang mendalam)
3- al ittisoolu al watsiiq ( hubungan pergantungan yang jitu dengan Allah)


ALHAMDULILLAH, dapat juga saya temui insan yang saya sanjungi ini (Ustaz Yusof bin Embong) dalam kuliah yang saya hadiri bersama sahabiyah saya ini.. Syukur kerana hidup ini masih ditemani dan dikelilingi sahabat2 yang semangat berjuang di negeri kami ini.

ALLAHUAKBAR! bila melihatkan isteri Ustaz Yusof yang turut hadir, juga anak-anaknya, malah cucunya yang baru beberapa bulan juga turut hadir! Subhanallah kecil2 lagik dah ditarbiyah dan dilazimi untuk mengikuti datuknya memberikan kuliah.. Rasa kagum pada keluarga ustaz Yusof ini.. Beliau sememangnya berjaya membina baitul muslim yang biasa diimpikan oleh ramai orang.. Rasa kagum juga pada makcik-makcik dan kakak-kakak yang sudah berkeluarga dan mempunyai anak, namun gah hadir ke kuliah yg bermula lebih kurang 9 pagi dan berakhir dalam pukul 11 tu.. Kalau orang yang berusia, orang yang sudah berkeluarga ( yang mempunyai banyak tanggungjawab) boleh hadir, masakan kita yang masih muda dan belum terikat dengan komitmen dengan suami ataupun isteri mahupun anak-anak, tak boleh datang??? Kuat sungguh semangat juang mereka!! TAKBIR!!

Kata sahabiyah ku, ''Kuliah sebegini ibarat 'charger', memberikan bekalan dan semangat kepada kita semula dan juga kepada sekalian penuntut yang hadir''..

Mudah-mudahan kita juga dapat membina baitul muslim yang bisa melahirkan pejuang-pejuang agama ALLAH! Syukran jazilan kepada sahabiyah yang sedia membawaku ke kuliah tersebut menggunakan 'kuda perangnya' tu..! Orang zaman Nabi dulu berperang menggunakan kudanya, kita pula? Gunakanlah motor ataupun kereta sebagai 'kuda perang' kita atau gunakanlah laptop sebagai kuda perang kita, melahirkan hujah2 kita atau sekurang-kurangnya, apa-apalah asalkan kita turut berusaha.. AKU? entah? sedang mencuba-cuba juga.. Adakah aku berjaya dalam misi dakwah ni? Tidak pasti. Namun, setidak-tidaknya aku MENCUBA..! TAKBIR!
(Aku juga insan xsempurna..tidak juga istiqomah dalam perjuangan..)

TAKBIR!! ALLAHUAKBAR!!

WALLAHUA'LAM..

No comments: