Wednesday, October 29, 2008

Jalanilah Ujian Darah Untuk Mengenalpasti Talasemia


Artikel di bawah ni aku petik dari blog http://ibnumuhammad.blogspot.com yang menyentuh tentang Talasemia ini,


Diari kes | Seorang sahabat baru-baru ini mencadangkan kepada saya untuk menjalani ujian talasemia (salah satu ujian yg perlu dijalani oleh bakal-bakal pasangan yang mahu berkahwin). Saya sangat bersimpati apabila dikhabarkan bahawa dia serta bakal pasangannya telah disahkan sebagai pembawa talasemia setelah menjalani ujian ini. Pihak keluarga dan doktor menasihatkan agar tidak diteruskan hubungan mereka. Mereka akhirnya berpisah secara baik.

Talasemia, penyakit apa tu ya? Setelah merujuk pada halaman2 di internet, saya membuat rumusan ini :

Apakah Talasemia ?

  • Talasemia adalah penyakit kecacatan darah yang diwarisi, iaitu diwariskan dari keluarga kepada anak.
  • Mereka yang mempunyai penyakit Talasemia tidak dapat menghasilkan hemoglobin yang mencukupi dalam darah mereka.
  • Hemoglobin adalah bahagian sel darah merah yang mengangkut oksigen daripada paru-paru keseluruh tubuh.

Apakah yang berlaku pada penghidap Talasemia?

  • Semua tisu tubuh manusia memerlukan oksigen. Akibat kekurangan sel darah merah yang normal akan menyebabkan pesakit kelihatan pucat kerana paras hemoglobin (Hb) yang rendah (anemia).
  • Kekurangan sel darah merah bagi membekalkan oksigen akan mengakibatkan pesakit talasemia berasa lesu, tidak bermaya, dan mungkin sesak nafas sekiranya paras hemoglobin semakin menurun.
  • Pesakit Talasemia biasanya mempunyai paras hemoglobin yang rendah iaitu kurang daripada 10g/dl. Mereka yang mengidap Talasemia mempunyai kelebihan melawan penyakit Malaria.

Jenis-jenis Talasemia

§ Talasemia minor : merujuk kepada mereka yang mempunyai kecacatan gen talasemia tetapi tidak menunjukkan tanda-tanda talasemia atau pembawa.

§ Talasemia major : merujuk kepada mereka yang mempunyai baka talasemia sepenuhnya dan menunjukkan tanda-tanda talasemia.

Apakah yang akan berlaku sekiranya salah seorang ibu atau bapa adalah pembawa?

Peratusan risiko untuk setiap kehamilan ibu tersebut ialah:

  • 50% kemungkinan adalah pembawa
  • 50% kemungkinan adalah normal
  • Tiada anak yang menghidap Talasemia(talasemia major)

Apakah yang akan berlaku sekiranya kedua-dua ibu dan bapa adalah pembawa?

Sekiranya kedua-dua ibu dan bapa adalah pembawa keadaan berikut boleh berlaku:

  • 25% kemungkinan anak mereka adalah pesakit Talasemia
  • 50% kemungkinan anak mereka adalah pembawa
  • 25% kemungkinan anak mereka adalah normal

Apakah tanda-tanda atau simptom penyakit Talasemia?

  • Biasanya anak-anak pembawa Talasemia kelihatan normal sewaktu dilahirkan. Bagaimanapun, mereka akan mulai mengalami masalah anemia yang serius apabila mencapai usia di antara 13 hingga 18 bulan.
  • Tubuh pucat,lemah, dan gelisah.
  • Anemia yang serius akan menyebabkan kesukaran bernafas.
  • Perut buncit disebabkan pembengkakan hati dan limpa.
  • Perubahan pembentukan tulang muka, pipi, dan rahang yang tidak normal(tanda lewat).

Apakah rawatan untuk pesakit Talasemia?

  • Pesakit perlu menjalani transfusi darah berterusan setiap bulan.
  • Transfusi darah berterusan akan menyebabkan pengumpulan zat besi di dalam organ penting badan seperti hati, jantung, dan kelenjar endokrin yang akhirnya merosakkan fungsi organ-organ tersebut.
  • Rawatan penyingkiran zat besi berlebihan perlu dilakukan dengan suntikan ubat Desferrioxamine.
  • Pemindahan sum-sum tulang sekiranya ada penderma yang sesuai di kalangan keluarga.

Posted by Kazeem ibnu Muhammad ( http://ibnumuhammad.blogspot.com)

Talasemia??? Bahayakah? Kebiasaannya bakal-bakal pengantin akan mengambil ujian HIV sahaja dan melupakan ujian Talasemia ini. Jarang sangat orang yang mengambil kira tentang Talasemia ni. Kita perlu tahu bahawa betapa bahayanya Talasemia ini kepada penghidap Talasemia (Talasemia Major) ini. Aku mempunyai sejarah Talasemia dalam keturunan aku. ALLAH Maha Tahu apa yang terbaik untuk aku kan? Redho dan tabahla wahai diriku dan bersyukurlah!


Pembawa Talasemia juga digelar Talasemia Minor ini tidak mempunyai sebarang masalah kesihatan yang kronik cuma lazimnya cepat letih dan mudah letih. Cuma bergantung pada tahak kekronikan seseorang tu lah. Ada orang biasa je sekalipun pembawa Talasemia, dan tak terganggu langsung kesihatannya tapi ada juga yang kronik. Adalah penting untuk diketahui bahawa pembawa Talasemia tidak boleh berkahwin dengan orang yang juga pembawa Talasemia. Jika salah seorang sahaja (salah seorang dari pasangan tersebut) adalah pembawa , maka tidak mengapa , akan tetapi berisiko untuk melahirkan anak yang akan menjadi pembawa juga. Jadi, disarankan untuk membuat pemeriksaan ( jalani ujian darah untuk mengenalpasti sama ada anda tergolong sebagai pembawa Talasemia ataupun tidak). Alah, janganlah takut , doktor just amik darah dalam satu picagari je. Pembawa Talasemia bukanlah bermakna mempunyai penyakit, akan tetapi mempunyai ketidaknormalan pada hemoglobinnya. Bila hemoglobin tak normal, maka seseorang tu kurang sihat la. Ye lah , hemoglobin kan mengangkut oksigen ke tubuh badan kite..(hehe, macam doktor pulok).


Ketidaknormalan pun suatu nikmat juga, kerana ALLAH tidak menimpakan sesuatu kepada hambaNYA melainkan ada kebaikan yang ingin diberikan kepada hamba tersebut. Aku ada terbaca bahawa Malaria tidak akan terkena kepada orang yang ada Talasemia ini( tapi xpasti la terhadap pembawa ataupun kepada penghidap sahaja).


Talasemia adalah diwarisi dan berdasarkan kepada genetik dan keturunan ; ini bermakna jika anda mempunyai sejarah Talasemia dalam keturunan anda, maka bersegeralah buat pemeriksaan( dikhuatiri anda turut mewarisinya). Melihatkan kepada mudarat yang akan diterima kepada anak jika anak tu disahkan penghidap Talasemia ini , jadi sebelum ambil keputusan untuk berkahwin dengan pasangan, buatlah pemeriksaan terlebih dahulu. Lebih-lebih lagi jika ada sejarah keluarga dalam Penyakit Talasemia ni, baik gi cek, sebelum nak kawin. Talasemia ni payah kita nak kesan , melainkan dengan amik ujian darah je, sebab pembawa Talasemia ni biasanya nampak cam sihat aje.


Siksa tau kalau anak penghidap talasemia ni.nak tau sebab apa? Anak tu nanti kena buat pemindahan darah sokmo (selalu) dan hidup bergantung dengan darah orang lain la kan..Kesian kat anak.. Sepupu aku penah cite, ada kawan dia yang anak dia penghidap Talasemia ni, kawan dia ni pembawa dan suami dia pun pembawa.. Orang zaman dulu pakai kawin je kan, takde nak cek-cek ni kan. tapi, sekarang kan dunia perubatan makin canggih. Takpe la, itu dah ketentuan ALLAH kat dia kan.. Kita ni yang dah tau, jadi gi la cek.. Membebel la pulok,hehe..Ok,nak stop dah membebel ni..

Posted by al bahanji


No comments: