Saturday, August 30, 2008

Catatan Mingguan Sempena Praktikum (1)




Aku telah ditempatkan di sebuah sekolah kawasan bandar untuk praktikal Fasa Kedua nie..Praktikal kali kedua ini memerlukan masa 6 minggu untukku ku berada di sekolah yang bakal menjadi rumah ku apabila tamat pengajian kelak..Inilah profesionku..Walau bagaimanapun,semangat untuk berpraktikal kali ini tidak sekuat praktikal yang pertama dahulu.. Namun praktikal ini tetap memberi banyak pengalaman baru..banyak perkara yg belum ditemui sepanjang perjalanan untuk menjadi seorang guru ini (pesan Kalam Mujahidah kepadaku)..

Ini wajah-wajah comel anak muridku, wajah yang bersih, suci dari sebarang dosa mahu pun maksiat kerana mereka masih baru menghirup udara segar kurniaan ALLAH nih, dan apakah tugas yang wajar dilakukan oleh ibu bapa mereka atau guru-guru mereka untuk terus mendidik jiwa mereka ni? Bagi yang bergelar guru ataupun bakal guru( aku lah ), apakah tugas di sekolah hanya terkejar-kejar untuk menghabiskan sukatan pelajaran sahaja tanpa mengambil hirau langsung tentang perkara yang sama penting ke atas diri mereka juga; sudah pandai solatkah mereka, pandai membaca jawi dan Al Qurankah mereka, menutup auratkah mereka( terutama bagi murid perempuan yang sudah baligh)?.. Praktikum kali ini adalah di kawasan bandar..Amat berbeza berbanding praktikum yang lepas iaitu di kawasan kampung..Murid di sekolah kampung, biasanya lebih menghormati dan menghargai guru-guru mereka.. to be continued..

Moga usaha semua guru-guru yang ikhlas mendidikku selama ini mendapat ganjaran di sisi ALLAH, Mohon disedeqahkan AL FATIHAH dan doa-doa pada seorang ustazku, iaitu Almarhum Ustaz Rizal yang meninggal dunia bulan Mac 2008 yang lalu..Beliau merupakan seorang ustaz dan juga warden asrama putera di SMA Al-Ihsan, Kuantan.. Guru adalah insan yang mulia!!!

Teringat pada satu kelaziman kami iaitu pelajar SMA Al-Ihsan, terutama Batch 2003, (sekolah lain pun maybe ada gak buat cam kami buat ni, jgn marah..gurau2 aje..hehe) iaitu stiap kali berakhirnya sesi pengajaran dari mana-mana cikgu,(syukran kepada semua warga pendidik SMA Al-Ihsan) kami akan sebut macam nie, "Terima kasih cikgu, Maafkan kami cikgu, Halalkan ilmu kami cikgu"..!! Nampak cam simple je, tapi cakap cam tu boleh menimbulkan rasa redho dalam diri guru tu dalam menyampaikan ilmunya terhadap anak-anak muridnya.. Redho ni penting,kerana ada kaitan dengan 'keberkatan' ilmu seseorang. SMA Al-Ihsan adalah tempat yang banyak berjasa hingga aku menjadi insan sekarang ini..ALHAMDULILLAH masih menjadi sekolah menengah agama terbaik di negeri Pahang sehingga kini.

wALLAHUA'LAM.. =)

No comments: