Wednesday, October 21, 2009

to all; entry ini hanya entri picisan. just entertain me,myself. I warn u!

KARNIVAL RAUDHAH JPP

24 Oktober 2009.



WORD kat atas tu just sisipan utk memori di hari muka.
hari muka? apa tu. hari (in sya Allah) itu ialah ketika kami tiada lagi di MPI
segala yg telah berlaku semasa di alam kampus, pasti akn kembali diingati pada hari muka itu.

adik-adik ramai yang mencerita,

"best la kak, dah nak habis.."

aku sebagai salah seorang yg dah nak habis tu,

Lupa nak syukur. Manusia memang cepat lupa pada Yang Maha Berkuasa! (hujan, istighfar..)

"Alhamdulillah. segalanya bercampur baur". sedih ada, resah ada, gembira juga ada.
Alam guru pula akan kami harungi. Moga denai atau ranjau , juga hujan panas dapat kami laluinya.
Orang cakap alam bekerja ni mencabar dan agak susah juga.

Moga Allah beri bantuan-Nya kepada 'kami yg dah nak habis ni'.

Sudah cukup ka ilmu di dadamu, ya hujan yg dah nk habis ni? Monolog2.

WALLAHUA'LAM


Yang below ni, sesaja je. Nak skip pun boleh.
Ada masa seronok gak tulis dalam santai-santai ni. Some of people lebih prefer, yang santai2 banding yg serius-merius.(berkerut2 sampai nak faham maksud si tuan puan blog tu). gurau je. =)

Info : hujan tu belong to this owner.

hujan
nama tu tetiba datang (masa pndang hutan hijau di depan mata, nampak hujan tengah menangis). hutan hijau di hujung blok. Ha ha. Blok apa lagi kalau bkan blok yg ujung sekali tu?

Masa tu hujan. Betul. Tak main la tipu-tipu.
hujan tak related dengan apa2, hujan tak lambangkan apa2. Takde fikir pun,hujan tu simbolik apa.
Dan terus terang, saya memang suka perhati hujan. Hujan sangat menenangkan hati.

Dan, xlama lepas tu, sy terdetik..
'hujan' and 'debu'
what a coincedent (btul ke tak ejaan aku ni.main tibai.) # miss nurani, maybe boleh btulkan spelling akak lepas ni#



iya, aku tulis ni adalah apa yg berletak dalam fikiran aku. sbb aku tak dapat nk buat 'wat yg readers wants dari blog yg depa duk baca eh?

sebab

aku bukan si Amy yang boleh fikir pemikiran orang yg ada kat depan dia.
Yalah, dia kan Mutant-X..

aku mutant apa?

aku hamba Allah (kena sedar diri sikit,woi)

dan
aku bukan watak-watak dalam aksi2 punya series
yang ada superpower, super saiya..

aku ni, supo hok tu la.

cerita aksi2 cenggitu aku suka la..
first wave...
the cave of the golden rose..
power rangers
suria baja itam (masa sekolah rendah suka crita ni)..
beastmaster

 sekarang still suka watch
kartun Tarzan kat tv3 yg pukul 7.30 tu..

cerita kartun kire di umur aku ni pun ,aku still layan

tengok2 cerita kartun pun,
aku tengok juga Al-Kuliyyah kat tv3 , kul 5pm at tv3 tu tau !

(biar la if org nk cakap, kenapa tngok crita Barat or omputih tu?) I have my answer for it.

Ya lah, mana ada di dunia realiti yang canggih manggih cenggitu.
ha ha.

benda yg dah sokmo orang tengok , orang dah bosan. so,cerita2 camtu memang la laku kat pawagam.

tapi aku xpenah lagi gi pawagam tau!

kalau sesape nak gi pawagam, senag je. pnjam je CD dari kawan-kawan, pahtu tengok la kat rumah puas2. kan lagi best dari duk pawagam yang gelap-gelap..buat pawagam kat rumah. kan baru betul cara tu  =)

lagi apa ya?

aku dibesarkan dengan kasih sayang Abah and Mak, Angah, Abang and Adik(bukan nma sbenar)
haha. macam dalam tv series pulak dah
alhamdulillah!
smpai sekarang kasih sayang itu sedang membugar
kalau tak, tak kan rasa 'homesick sangat2' kat hati.
kali ni 'aku cakap', bukan 'orang cakap' or 'orang kata'
rindu mak bapak kita pada kita lebih dalam dari rindu kita pada mereka!
hebatNya Allah yang menimbulkan rasa sayang itu, bukan ?
pada siapa lagi, jika bukan kepada Allah segala puji diberikan
Puji-pujian hanya untuk-MU , ya Allah..

Monday, October 19, 2009

Karya Student IPG-Kampus Pendidikan Islam Selangor dalam PTS

    Adik Sitra,teruskan berkarya !

Info mengenai penulis komik ini:
Sitrahaslee Jamil adalah penuntut jurusan Pendidikan Pra Sekolah di Institut Pendidikan Guru Malaysia, Kampus Pendidikan Islam, Bangi (IPGM KPI). Berasal daripada Muar, Johor dan sangat meminati bidang lukisan serta komik.Takaza adalah hasil karya beliau yang pertama.


Sunday, October 18, 2009

Sahabat2 semua, minta doakan adik sy + kawan-kawannya + org lain juge ya! STAM start 19 -27 okt. Terima kasih

Alhamdulillah lega pada adik yg amik PMR sudah ilang risaunye.
Lani, debar lagi, sebab adik yang sorang lagi amik STAM pulak. STAM start 19-27 Oktober ni.
Moga Allah bantu mu dan kawan-kawanmu yang lain. Moga ditenangkan fikiran,hati dan segala kerisauan. Moga dapat ingat balik jika ade lupa ape2 yg korang dah hafal.
Amin.



Owner : 
<<< periksa, periksa,periksa...>>>

dari sekolah menengah, takut sangat bile nk exam nih.. ha ha..
Seorang junior kampus kami telah kembali ke rahmatullah pada petang 17 Oktober 2009 (Sabtu).
Moga Allah merahmatinya di alam sana.

~Allahyarhamah Nur Humaira Abdul Jalil~

Thursday, October 8, 2009

Tawaran Istimewa di MPH Bookstores sehingga November 2009

<<< Copied from saifulislam.com>>>

IMG_0266

Tawaran di MPH Bookstores Alpha Angle Wangsa Maju

Sudah agak lama saya tidak menulis tentang perkembangan penulisan buku.
Saya berasa segan dengan penerbit kerana sangat kehilangan momentum dalam menyelesaikan projek-projek yang sedang menanti untuk diselesaikan. Terkini, Insya Allah buku Travelog Tarbiah kedua bakal menyusul selepas RINDU BAU POHON TIN. Kali ini saya menjemput pembaca semua mengembara ke bumi Khilafah di Turki, di bawah lembayung catatan bertajuk SECANGKIR TEH PENGUBAT LETIH.

Bahagian berbaki tidak banyak. Hanya saya sahaja yang bertatih mengejarnya.

Namun, hari ini saya berasa gembira untuk berkongsi sesuatu dengan pembaca semua.


Pihak kedai buku ternama Malaysia iaitu MPH Bookstores telah menganjurkan sebuah kempen yang dikenali sebagai “MUTIARA MINDA, MEMPERKASAKAN BAHASA MELALUI BUKU”. Kempen ini bertujuan mahu merangsang dan menggalakkan perkembangan Bahasa Kebangsaan kita melalui buku-buku berBahasa Malaysia yang sangat banyak mengisi rak-rak buku jualan di semua cawangan MPH Bookstores.

Di samping itu, sekeping kad diskaun Mutiara Minda ditawarkan dengan harga RM10. Dengan kad ini, pembeli boleh mendapat potongan sebanyak 10% bagi SEMUA buku berBahasa Malaysia, dan diskaun 25% untuk buku-buku yang dilabelkan secara khusus.

Yuran RM10 bagi mendapatkan kad Mutiara Minda ini akan didermakan ke Yayasan Anak-Anak Yatim Pinggir Taman Tun Dr. Ismail, Rumah Kanak-kanak Tengku Budriah Cheras, Pertubuhan Pendidikan Anak Yatim Selangor (Rumah Bakti) Ampang, Pertubuhan Rumah Anak Yatim / Miskin Daerah Kuala Langat, Rumah Amal Cahaya Tengku Ampuan Rahimah Subang Jaya, Rumah Anak-anak Yatim Darul Izzah Bandar Baru Bangi, Rumah Tumpangan dan Sekolah Anak-anak Yatim / Miskin Sungai Pinang, Klang dan Rumah Tunas Harapan Tengku Ampuan Rahimah, Kuala Selangor.

Kad Mutiara Minda ini boleh diguna pakai oleh sesiapa tanpa had bagi mendapatkan diskaun tersebut. Ada sesiapa mahu meminjam kad saya?
IMG_0273
Saya membeli kesemua buku ini dengan harga RM115 sahaja!

Buku Aku Terima Nikahnya dan Bercinta Sampai ke Syurga terpilih untuk ditawarkan diskaun 25% melalui projek ini.

Tawaran ini sah sehingga 15 November 2009 di cawangan-cawangan MPH Bookstores yang terpilih.
Antaranya ialah MPH Mid Valley, MPH Megastore 1 Utama, MPH Subang Parade, MPH Sunway Piramid, MPH Taman Maluri, MPH Bukit Bintang Plaza, MPH The Curve, MPH Alpha Angle (Wangsa Maju), MPH Alamanda Putrajaya, MPH Shah Alam City Centre, MPH Gurney Plaza Penang, MPH Johor Bahru City Square Johor, MPH Taman Universiti Johor, MPH Jusco Seremban 2 dan MPH The Spring Kuching.

Saya tiada komisyen untuk artikel ini. Hanya mahu mewar-warkan tawaran istimewa agar pembeli dapat berjimat seadanya.

Jangan lepaskan peluang ini.

Membaca sambil beramal.

ABU SAIF @ www.saifulislam.com
68000 AMPANG

Promote 'Jemari Seni Publishing'





Ini Jemari Seni Publishing. Merupakan penerbit novel2 yg amat memikat hati saya. Baru 3 tahun usianya. Tapi, karya2 novelis amat berjaya meragut hati dan mata saya untuk terus setia menjadi peminat sekaligus pembacanya. JS. Pertama kali mengenalinya adalah dari insan terdekat saya; mestilah roommate saya. Terima kasih, rumet! =).

Ini kesemua novelis di JS iaitu;

Mazni Darwisya

Beberapa karya novelis yg sy pernah baca ;
Khairyn Othman, Hlovate, Noor Suraya, Syud, Xarine, Saidatul Saffa, Imaen dan Nazurah Aishah.

Setiap novelis ada tarikan, metod penyampaian, teknik penghujahan, 'kecindan' (that means = kelakar), santai dan macam2 lagi lah, ada juga yang nampak formal cara penyampaiannya. ada novel yg telah saya baca ; penulis itu seorang yang  teliti dalam mendescribe sesuatu hinggakan saya kena menyebut dan sambil menggayakannya, baru saya dapat menghayati dan membayangkan maksud yang disampaikannya. Tapi, itu tidak mengapa. Saya suka.  Tidak mahu saya banding-bandingkan salah seorang dari mereka. Semua ada kelebihan masing-masing yang tersendiri.  Saya suka kesemuanya. Itu lah pelbagai ragam dan pelbagai personaliti hamba-hamba Tuhan. Kita juga.

Memang SANGAT suka novel JS ni.

Saya suke juge menulis. Tapi, idea terputus tengah jalan. Maybe ada batu yang menghalang. Ishh ishh. Batu pula dipersalahkan. Ha ha. Saje je cakap camtu. Bila la ilham ni nak datang lagi? Datangla. Datangla. Titik.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Ni latarbelakang JS.<<

Latar Belakang

JEMARI SENI PUBLISHING memulakan operasi penerbitan buku di Malaysia, apabila novel Percayalah.. karya sulung penulis baru Ruby Hazri diterbitkan pada 6 Oktober 2006.  Sebagai sebuah syarikat kecil yang ingin sama-sama mewarnai dunia penerbitan, novel Percayalah... ini memberi ruang kepada pembaca untuk ‘percaya’ kepada produk Jemari Seni Publishing. Kejayaan kecil ini telah melonjak semangat kedua-dua pengasas syarikat ini: yang sama-sama memiliki hobi membaca buku cerita. 

Idea untuk menubuhkan syarikat penerbitan ini bermula, apabila Noor Suraya merungut yang novel kanak-kanaknya, perlu ditambah halaman sebagai prasyarat untuk diterbitkan. Sekadar suka-suka, Noor Suraya berkata dia terasa ingin menerbitkan novel kanak-kanaknya sendiri. Sebagai sahabat yang menadah telinga, Mariah mengemukakan usul, jomlah kita terbitkan cerita tu sendiri!  Bertitik tolak dari situlah, sebuah impian akhirnya menjadi kenyataan. Alhamdulillah. 

Noor Suraya – Mariah mula mengatur strategi dalam diam-diam. Dalam sibuk-sibuk mengurus pekerjaan seharian, banyak yang mereka telah usahakan. Kedua sahabat ini mula mengumpul maklumat, mencari penulis dan mengumpul dana. Tidak sangka akhirnya, Jemari Seni Publishing berjaya didaftarkan pada Februari 2006. Namun begitu idea untuk menerbitkan cerita kanak-kanak disimpan dulu, kerana hati sudah tergoda untuk menerbitkan novel umum sahaja, sebagai produk permulaan syarikat ini. Alhamdulillah, ramai pula teman-teman yang sudi menghulurkan buah fikiran dan maklumat mengenai penerbitan serta mempromosi syarikat setahun jagung ini. 

Kenapa memilih nama Jemari Seni?

Mencari nama syarikat adalah suatu yang amat sukar. Memilih nama yang paling sesuai, sukarnya bagaikan memilih nama untuk anak sulung tujuh keturunan. Ya lah, kerana kita bagaikan ada sebegitu banyak senarai nama yang kita sukai. Namun kita tidak pasti keserasiannya. Begitulah yang terjadi. Syarikat ini harus mempunyai nama yang ada nilai komersial; senang diingati; terselit nilai-nilai seni selaras penampilan produknya; namanya mampu berdiri sendiri apabila dipasarkan; mestilah berbeza namanya dengan syarikat-syarikat penerbitan yang sedia ada dan yang paling penting namanya unik.  

Lalu? Kata ‘jemari’ disarankan oleh seorang sahabat yang lain. Nama yang tercetus dan diubahsuai dari novel kedua Noor Suraya, Tanah Andriyana. Sementara perkataan ‘seni’ sememangnya sedari awal telah menjadi pilihan kedua-dua sahabat ini. Justeru kedua-dua kata ini dicantumkan untuk menjadi satu konotasi yang begitu mendalam maksudnya. Selaras dengan namanya yang sebegitu, Jemari Seni Publishing cuba membentuk identitinya sebagai home made ‘books’.  Seperti seorang ibu yang mengasuh anak-anaknya dengan tangan dan kudratnya sendiri... itulah yang kita cuba aplikasikan di Jemari Seni Publishing dalam menangani karya-karya yang diamanahkan.   

Oleh itu sejak awal lagi, karya-karya yang terpilih haruslah mempunyai nilai-nilai moral yang cemerlang... dan karya yang menjadikan Islam sebagai suatu cara hidup menjadi keutamaan di Jemari Seni Publishing. Pemilihan karya disaring oleh sekumpulan panel penilai yang terpilih: mewakili kumpulan pembaca di alam sebenar. Penilaian ini dibuat dalam dua peringkat untuk memastikan sesebuah manuskrip sesuai dan selaras dengan konsep serta matlamat Jemari Seni Publishing.

Pada peringkat permulaan sehinggalah ke peringkat memasarkan novel, sesebuah manuskrip dikawal selia dengan teliti dan cermat. Untuk sampul kulitnya, Jemari Seni Publishing menggunakan konsep perkahwinan campur: ‘lukisan asli dengan teknologi’. Gambar/Idea pilihan penulis yang dipersetujui bahagian penerbitan dihantar untuk dilukis dengan menggunakan warna air (watercolour) ataupun warna minyak (oil painting). Kemudiannya lukisan ini dihantar ke bahagian grafik untuk direka bentuk menjadi sampul kulit buku.  Konsep ini secara tidak langsung memberi peluang kepada pelukis untuk mengembangkan bakat mereka. Konsep SENI yang disematkan pada nama syarikat ini dapat ditonjolkan dengan berkesan, melalui luahan rasa di kanvas dan karya rasa pada cerita penulis. 

Di Jemari Seni Publishing penulis diberi peluang untuk sama-sama ‘melahirkan’ karyanya. Mereka dibenarkan menyediakan blurb dan caption, yang kemudiannya perenggan ini akan diperhalusi di bahagian editorial. Jemari Seni Publishing mengalu-alukan judul novel yang menarik dan kreatif, sebagai tiket untuk kelainannya.

Penyuntingan, letak atur (tipografi) dan membaca pruf dibuat secara in-house untuk menjaga kualiti dan ketelusan manuskrip. Penulis juga diberi peluang untuk membaca manuskripnya sebelum dihantar ke percetakan. Jemari Seni Publishing tidak berhasrat meminda mana-mana karya penulis tanpa persetujuan atau notis kepada penulis terlebih dahulu. Kami di Jemari Seni Publishing menjaga karya penulis bagaikan menjaga 'anak sendiri'. Kami berusaha untuk mengujudkan hubungan yang rapat antara penulis-penerbit. Di Jemari Seni Publishing, kami berhasrat untuk melahirkan rasa kekeluargaan antara penulis dan penerbit dengan sempurna. Dan rasa kekeluargaan ini diperpanjang lagi kepada pembaca yang sentiasa menjadi keutamaan kami.  Jemari Seni Publishing ingin berada dekat di hati dengan pembacanya.    

Bermula dengan Percayalah... dan Relevankah Aku di Hatimu? pada tahun 2006, kemudiannya diikuti dengan 5 Tahun 5 Bulan, Surat Ungu untuk Nuha, Gurindam Jiwa dan Labyrinth pada tahun 2007, Jemari Seni Publishing telah menamatkan sasaran 6 buah novel untuk tahun pertama dengan jayanya, alhamdulillah. Pada sesiapa yang ingin berkongsi kelainan, bacalah Jemari Seni Publishing. Penulis kami menulis dengan mata hati, semoga cerita mereka juga tersemat dari mata turun ke hati.  Pada masa depan, Jemari Seni berhasrat melahirkan lebih banyak genre sastera dan mempelbagaikan jenis bahan bacaan. Terima kasih kerana menyokong Jemari Seni Publishing sejak dari awal. 
 
Tautan Jemari Sebarkan Seni

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Tuan rumah : Hidup JS sebagai medan dakwah Islamiyah buat jiwa-jiwa yang suka baca novel, lebih tepat kaki novel.  Haha. Jangan marah!  Saya juga rasanya dah kaki novel JS sekarang. Pantang nampak kat bookstore , rasa nak tarik, amik dan bayar aje! Tapi, kena tunggu diri 'berduit' dulu.


Moga JS terus sukses..Love u!


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


Teringat saya pd satu ayat dalam sebuah entry dari seorang novelis JS dlm blognye (sy kira azimat).


Why don't you try make one?
(mengapa tidak awak mencuba sekali mengarang or menulis?


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~



Ada seorang General Manager(GM) dalam syarikat penerbitan terkenal kat Mesia ni; (betulkan if i'm wrong) cakap ; buku pertama tu yang susah nak buat. dan biasanya bila dah dapat buat buku pertama, buku kedua, ketiga dan seterusnya akan menyusul selepas tu).. 

Tuan rumah : As for me, yang jadi masalah; buku pertama lah. 


WALLAHUA'LAM

Wednesday, October 7, 2009

<<< cerita 1 ( TIGA)>>>…

Kehilangan orang tersayang. Normal. Hilang kunci. Hilang ingatan. Hilang mak ayah. Hilang kasih sayang. Hilang pedoman. Hilang rasa bertuhan. Hilang rasa sayang pada agama. Hilang sahabat. Hilang rasa percaya. Moga Allah menjaga barang yang hilang itu, biar la barang tu orang ke, binatang ke , wang ke apa-apa la, tak kira la.

Moga Allah mengganti sesuatu yang lebih baik dari yang telah hilang itu. Doa Ummu Salamah ni kan.

Ustaz Abdul Jabbar sebut dalam ‘Kursus Imam dan Bilal’ baru-baru ni, yakin dengan Allah. Yakin dengan Allah yang Dia akan mengganjarkan kita dengan sesuatu yang lebih baik untuk diri kita even Allah dah 'hilangkan' atau 'bawa pergi' sesuatu yang biasanya amat kita sayang!.

Nini turut menyampuk . “Wei, Ustazah aku yang ajar Insya’ pun lebih kurang cam Ustazah ko la. Adik beradik ke? =) Dia kan, suruh kami hafal vocab Bahasa Arab, siapa yang tak dapat hafal, dia akan rotan tangan kami. Paling-paling kesian kat kami, dia mintak kami duk tepi pintu masuk kelas. Kira, orang lalu lalang kat tepi kelas kami tu akan tau la ada orang dapat ‘hadiah’ dari Ustazah Faridah la hari tu. Walaupun camtu, aku rasa bertuah. Dengan pertolongan Ustazah Faridah aku dapat menguasai arab sikit sebanyak. Segalanya dikembalikan kepada Allah. Alhamdulillah. Guru yang berkesan terhadap diri kita, kita akan ingat kembali jasa-jasanya pada kita. Jangan kita langsung menjadi guru yang dilupakan dan dicerca akibat perbuatan yang pernah kita lakukan terhadap anak murid kita.

Sikap bersungguh akan bantu kita menguasai sesuatu . Kejayaan bukan macam durian.. Durian yang masak secara fitrahnya ,dia akan gugur mencecah bumi. Itu kes lain. Manusia kena usaha if want to najah. Kalau nak Mumtaz lagi la. Kena lebih gigih. Ini pesan Arwah Atuk.

Manusia juga janganlah menjadi fatalistik.. Fatalistik tu maksudnya kita hanya serahkan masa depan kepada nasib. Kerana yang beriman dengan Ahlus Sunnah Wal Jamaah tidak mengkesampingkan usaha di samping turut berdoa kepada Allah. Usaha dan doa dilakukan. Tidak tertinggal salah satu pun.

Irah : Ada sorang adik junior aku terbaca komen dia kat laman sesawang kegemaran (http:www.jemariseni.com) aku tu. Adik tu cakap, ‘ sy terkejut dengan culture Islamic kat IPIS, tapi lama2 dapat adapt.’

Itu semua latihan. Tarbiyah. Perasan tak kadang2 untuk kita buat sesuatu tu kita kena paksa diri pada mulanya. Masa kecik-kecik dulu, kita semua kena paksa gi tadika dalam keadaan tak mandi pun, gosok gigi pun tak. Pergi tadika dalam keadaan taik mata bertampung kat mata lagi. Mak Ayah kita salah ke bila mereka paksa kita camtu? Mereka buat itu untuk kebaikan kita. Kalau x, sampai bila2 pun kita tak sekolah la. Dan kalau xsekolah, sampai sekarang kita tentu tak kenal pun ABC, Alif Ba Ta and so on… Bila sebut tarbiyah, diri yang bermonolog sendiri tidak seberapa juga tarbiahnya. Banyak dosa.

Sama la kes dengan isu adik Akak yang sorang ni. Dia darjah 3 tahun ni. Dia memang kuat makan, tapi mak suruh dia puasa jugak, hari first memang dia tak dapat puasa. Hari kedua atau ketiga , memang terlentang habis dia, mak suruh dia puasa.. Hari seterusnya dia cuba puasa separuh hari. (Ini kisah adik bongsu ku)

Kalau la mak tak desak dia puasa gak, sampai dia masuk sekolah menengah nanti pun dia kekok untuk puasa.

Begitu juga dengan suruhan dalam agama kita. Semuanya mengandungi kebaikan untuk kita. Allah yang mencipta manusia, jadi Dia Maha Tahu apa yang terbaik untuk manusia. Dan Dia juga tahu apa yang tidak baik untuk manusia.

Manusia selalu rasa apa yang dia selesa itu baik untuk dia, tapi tidak mesti apa yang selesa tu baik untuk dia. Contoh dalam isu menutup aurat kan. Itu dah ada dalam Kitab kita; Al Quran Al Karim. Pasti ada banyak kebaikan jika kita taat pada perintah Allah tu kan.

Sekarang cuba tengok kat sekitar kita, macam baru ni masa dalam LRT, akak nampak si anak yang berusia 8, 9 tahun pakai tudung, tapi si emak nya tidak pula bertudung seperti anaknya, kenapa ye? Padahal anak dia tu kecil lagi. Si emak tentulah dewasa kan.

Zati : Junior kita ada cakap pasal Culture Islamic? Aik. Islam itu dibudayakan ker? Setahu aku Islam itu bukanlah satu budaya. Kerana budaya Islam itu ada di mana-mana, bukan di Institut Perguruan kita ni je. Islam itu di dalamnya ada ketamadunan yang sudah terzahir secara tidak langsung. Iye la. kan ada Fiqh Muamalat, Fiqh Sunnah, Fiqh Awliyat. Allah yang Maha Kuasa dah mengatur semuanya. Disampaikan perutusanNya kepada the chosen persons iaitu Nabi-Nabi dan juga Rasul-Rasul yang 313 tu. Ilmu Allah ni luas. Seluas-luasnya.

Nini : Islam Hadhari ke yang kita duk bincang nih?

Nisa mencelah di tengah-tengah perbualan kami bertiga itu..
Yang aku tau istilah Islam Hadhari tu ade yang xkena kat istilah dier.

"Islam Hadhari? Aper tuh? Tu masa zaman pemerintahan Pak Lah dulu kan start benda gitu. Sekarang time Pak Najib dengan Gagasan 1 Malaysia tu pulak. Dan ada pihak nak tambah pada frasa ‘1 Malaysia’ tu pulak dah,..omel Poo"..

Bukan ke yang 1 Malaysia tu tujuan dia ; PERPADUAN..

Dari dulu hingga sekarang, itu lah isunya.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

WALLAHUA'LAM
<<< Cerita 1 (DUA)>>>…

Nadirah yang tetiba menyusul entah dari pelusuk mana duduk bersimpuh di hadapan kami. Tersenyum tersipu-sipu pula dia ni.

Bagus la ustazah ko yang bagi list cita-cita tu. Itu membuka ruang baru untuk murid-murid merencana dan meluahkan sedikit sebanyak apa yang mereka nak jadi bila besar nanti. Bila dah senaraikan baru le nampak hala tujuan sikit.Kalau nak lebih berkesan, tulis dan tampal besar-besar kat dinding or tempat yang kita biasa tengok. Baru lekat dalam hati. Baru kuat pasak pada tindakan. Korang setuju tak?

Setuju, Dr Minnie!...

Ha ha…

Nini mengeleng rasa diri ter’kena’. Dia tidak melayan usikan sahabat-sahabatnya , sebaliknya berbalik kepada soalan yang diajukan Zati kepada Poo sebentar tadi. Ketua raja sorak dah mula buat ‘kerja biasa’ dah. sapa lagi kalau bukan Nisa. Nampak pendiam, tapi bila start bersuara, tak kering gusi la kami. Sambil mengerutkan lagi kedua dahinya dan mencebekkan mulutnya ke tepi.

Boleh tahan jugak ko nak jadi stewardess eh Poo?

La ilaha illallah budak ni, cepatnye ko lupa. Ke mana dah ko pegi ni? Wajah buat-buat comel and mata mula nak pandang Poo , (Zati understand that a sign shown maybe something goes into Poo’s mind). Tu le aku duk tanya ko tadi, fikiran ko menerawang katne dah ni..

Cik Minnie, soalan saya kepada cik ; camne cik leh masuk bidang perguruan ni? Zati menanya sambil memperagakan gaya seorang wartawanita.

Syukur pada yang Allah Maha Kuasa, Allah lorongkan jalan tu. Entah. Faktor terbesar masuk maktab ni, mak abah aku yang prefer aku jadi guru. Tapi lama2 aku rasa suka maktab. Ye lah, mak ayah kan tahu apa yang terbaik untuk anak-anak mereka kan? Masa kecik dedolu memang aku ada berhajat nak jadi guru sikit sebanyak, tapi nampaknya betul2 la taqdir Allah aku jadik guru.

Alhamdulillah. Aku rasa mendidik tu kena la dengan jiwa aku. Walaupun ada orang cakap, jadi cikgu ni takdenya boleh jadi jutawan. Sambung Poo.

Korang semua crita la skit, maza tasy'uru bi hazal ma'had? Aku actually rasa syahdu la nak tinggalkan MPI ni, ujar Nini.

Ngeee.. Pandai jugak ko kecek Arab eh? Bagus-bagus . Nanti leh ajar aku.. So, how do u all feel to our MPI?). giliran suara Nadhirah pula..

I feel very2 good (macam iklan ntv7 pulak dah). Aku suka dengan macam-macam. Jeng jeng jeng. Suka dengan orang? Ha ha. Only me knows. Suka amat dengan bi'ahnya. Culture Islamic la kot sesetengah orang cakap. Untuk mendidik diri aku sendiri , antibodi aku xkuat sangat. Bakteria dalam badan susah nak mati la. Jadi dengan bi'ah yang islamik ini, secara automatik , sedikit sebanyak aku terdidik. Kalau xda bi'ah camni, mudah le aku nak terabai nih..Nak harapkan diri sendiri, ermmm...

Nini : Kecek Arab? Aku tibai je. entah tul ke tak uslub Arab aku tuh. Ha ha..
Teringat aku kat Ustaz Khairul Anuar yang buat kelas Arab petang2 kat sekolah aku dulu. Wajah dia yang manis-manis ala orang Arab tu. Ustaz aku tu dulu belajar kat Morocco (Maghribi).

“Ustaz aku tu punya fasih lahjah kat sana, sampai dia bawak barang2 balik Malaysia naik flight yang nak dekat beratus2 kilo tu, free je. Tak kena charge pun. Dia pandai bahasa sana. Komunikasi dan bahasa. “Orang yang berjaya kuasai bahasa dan komunikasi, dia beruntung.”
Cumanya.. bab komunikasi juga yang boleh bawak dunia berpecah belah, suami isteri bercerai-berai, persahabatan jadi renggang bahkan boleh putus!

Jika kena dengan caranya, jika kena pada adabnya, tentu Berjaya wujudkan komunikasi yang berkesan. Diri akan rasa bahagia.

Teknik pengajaran Bahasa Arab dia sangat sangat berkesan. Anak murid dia termasuk aku jadi paham la pada fi’el-fi’el ni.. Camna Fi’el Madhi tu, bila kita tukar ke Fi’el Mudhori’. Dan apa wazan bagi sesuatu fi’el atau sesuatu isim tu. Bila dapat agak wazan, kite mudah untuk agak apa maksud sesuatu perkataan tu. Dah tu, bila tau wazan, senang la nak rujuk kamus sebab kita dah tahu ‘root word’ dia sebelum tu. Tips nak banyak perbendaharaan kata ni. Senang je. Rajin baca buku cerita Arab dan of course la, berdampinglah dengan kamus. Bukan dengan si Khamis ,tau? Huh, ada kaitan ke. Layan je. He he. Better do something than nothing.

Orang zaman sekarang ni duk semangat sangat untuk bagi anak-anak mereka pandai cakap bahasa Inggeris , tapi xde keinginan yang besar kalau anak mereka pandai membaca jawi dan pandai Bahasa Arab. Kecewa, kan? Ramai yang terkejar-kejar nak kuasai bahasa Inggeris, tapi bahasa Arab tak ramai orang camtu. Kepentingan tidak lagi dirasakan.

Imam Shahid Hasan Al Banna , pelopor tersohor Gerakan Ikhwanul Muslimin setelah kejatuhan Khilafah Uthmaniah ada menyampaikan dalam amanat dan pesanannya yang berjumlah 10 itu, Hasan Banna menyeru kita agar << Kuasailah Bahasa Arab >>. Juga ada sahabat ku yang mahir berbahasa Inggeris melahirkan responnya yang dia tidak dapat menguasai bahasa Arab. Katanya “ramai yang pandai bahasa Inggeris, tapi xramai yang pandai Bahasa Arab.” . Dan ada yang teringin nak belajar arab tapi stil takde peluang tu.

Tiba giliran Zati..

“Ustazah Wan Rafiqah aku dulu ajar Tasrif punya la semangat. Bagi sesiapa yang free-free nak famous sekelip mata kat sekolah. Senang je. Masa tasmik Tasrif dalam kelas, tu buat2 la xhafal. Konpem kena panggil depan assembly, tasmik kat situ. Ha ha. Malu tu tak usah cerita la. Terimbau si Kartunis kelas aku yang buat muka toye (selamba ) je gi depan masa baca Tasrif kat assembly pagi. Muka tak berperasaan. He he,” Zati ketawa mengekek.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Terjemahan perkataan Arab:

Fi’el Madhi : ~Past Tense~
Fi’el Mudhari’ : ~Present Tense~
Fi’el : ~Verb~
Isim : ~Noun~
Lahjah : ~Dialek~
Uslub : ~Gaya bahasa~. Depends on ayat; boleh juga membawa maksud ~kaedah @ cara persembahan seseorang~.

___________________________________________________________________________